Selamatkan Bumi

Masalah iklim dan pemanasan global semakin memuncak dewasa ini. Sebagai penghuni bumi, kita seharusnya lebih proaktif dengan mengamalkan gaya hidup lebih mesra hijau untuk kelangsungan tempat tinggal kita

Glam Deko (Malaysia) - - Sejenak -

Pendidikan awal dan kesedaran penting dalam memastikan setiap seorang dari kita bersama- sama berganding bahu menjalankan tanggungjawab memastikan usaha memelihara bumi ini berjalan secara berterusan. Biarpun impaknya tidak dapat dirasakan secara terus menerus, sekurang- kurangnya kita dapat mengehadkan impak negatif yang sudah mula menampakkan kesannya ketika ini. TIP Produk berasaskan buluh merupakan alternatif kepada bahan mentah yang lebih mesra alam. Ini kerana buluh lebih cepat dan mudah membiak jika dibandingkan dengan pokok kayu. Untuk itu pohon boleh disimpan sebagai sumber oksigen yang memanfaatkan kehidupan kita seharian.

Pencahayaan semulajadi patut anda manfaatkan untuk mengurangkan penggunaan lampu dan tenaga elektrik. Cukup dengan menggunakan langsir sheer untuk menghalang cahaya yang keterlaluan, bukaan tingkap untuk aliran udara yang lebih segar. Gunakan kipas bagi mengurangkan rasa panas dan nyalakan penyaman udara bila perlu sahaja.

Untuk perkakasan dapur seperti peti sejuk, elakkan meletaknya berdekatan sumber cahaya semulajadi kerana ini menjadikannya bekerja lebih keras dalam memastikan suhunya sentiasa sejuk. Pastikan juga anda mengikut arahan ruang lingkup untuk memastikan aliran udara yang bersesuaian agar tidak menggunakan tenaga dengan berlebihan. Untuk haruman di kamar mahupun kediaman, pilihlah yang menggunakan minyak esen sebagai bahan utama berbanding haruman yang menggunakan bahan sintetik mahupun aerosol. Bahan kimia yang digunakan bukan sahaja kurang selamat untuk bumi bahkan mampu meninggalkan kesan jangka panjang pada kesihatan jika terdedah secara beterusan untuk jangka masa lama.

Rekaan kediaman yang dihasilkan oleh Seshan Design ini banyak menggunakan bahan terpakai sebagai bahan utama pembinaan secara tidak langsung mengangkat idea kediaman yang lebih mesra alam. Dengan pengudaraan dan pencahayaan semulajadi yang maksima, penggunaan tenaga elektrik berjaya dikurangkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.