MODEN ORIENTAL

Tumpuan Diberikan Pada Penataan Gaya Ruang, Nuansa Warna Neutral, Reka Bentuk Perabot Bermutu Dan Canggih, Diikuti Reka Letak Minimal Dan Praktikal Menepati Gaya Hidup Seisi Penghuni Banglo

Glam Deko (Malaysia) - - Contents - Teks & Penyelaras NADIA ZOLKIFLI Arahan Seni & Penata Gaya AFIQ KHAIRUDIN Gambar PATRICK CHAN

“Kami sepakat untuk memilih konsep minimal moden dan canggih yang dipenuhi perabot bercitarasa tinggi menepati gaya hidup pemilik sebagai ahli perniagaan berjaya.” Wan Zainal- Pereka.

Seni bina era 80- an hingga 90- an, kelapangan tanah landskap yang luas dan reka pelan praktikal adalah gambaran tepat mengenai kediaman- kediaman yang sempat saya kunjungi di Brunei. Kebanyakkan penduduk tempatan tinggal di kediaman jenis banglo. Banglo ini berlokasi di kawasan perumahan persendirian di Jalan Muara, berdekatan ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan. Banglo di lereng bukit ini mendapat sentuhan arkitek dan pereka, Wan Zainal Abidin daripada firma reka bentuk, WaMa Designs.

“Rumah ini dibina sekitar awal 90- an dan dibeli pemilik yakni pasangan tua pada tahun lepas. Mereka mendiami bersama keluarga termasuk anak- anak dan beberapa cucu. Di Brunei adalah menjadi kebiasaan setiap unit kediaman memiliki sekitar 5 hingga 6 kamar kerana mereka menghuni di bawah satu bumbung sehingga dua atau tiga generasi keluarga,” cerita Wan Zainal.

Banglo ini masih mengekalkan seni bina asal dan Wan Zainal mengatakan dia tidak banyak mengusik struktur asal kediaman. Jelas Wan Zainal, “Kami mahu mengekalkan seni bina banglo yang sememangnya sudah dibina gah. Kami hanya memperbesarkan ruang dapur, teres luar, ruang menonton dengan tambahan kamar kecil dan pemasangan tingkap baru di seluruh banglo.”

Teres luar diluaskan jajahannya bersebelahan tanah landskap banglo. Teres luar ini berfungsi sebagai ruang sosial, ruang makan kasual, ruang barbeku atau sekadar duduk- duduk bersantai. Sambung Wan Zainal, “Pemilik gemar merai tetamu dan ternyata ruang teres yang lapang dan terbuka serta berhampiran ruang dapur dan ruang makan utama ideal dan praktikal buat mereka.”

SENTUHAN MODEN Aras bawah memayungi ruang tamu utama, ruang menonton, ruang makan utama, dapur

dan satu lagi ruang menonton yang dibina di bahagian bawah tangga. Rekaan siling berganda ( double volume ceiling) di ruang tamu utama antara seni bina yang dikekalkan. “Pemilik bersetuju untuk memberi lebih tumpuan pada kemasan dan reka bentuk dalaman. Kami juga sepakat untuk memilih konsep minimal moden dan canggih yang dipenuhi perabot bercitarasa tinggi menepati gaya hidup pemilik sebagai ahli perniagaan berjaya,” kata Wan Zainal.

Simetri lurus, kemasan kulit, diselimuti warna- warna neutral dan susun atur konvensional berpaksikan rekaan banglo. Ruang menonton, Wan Zainal memilih padanan mewah dua sofa Ottoman Noé Duchaufour- Lawrance, Ligne Roset, meja kopi daripada Flexform, almari konsol kayu, Porada dan sofa bereka bentuk L, Cierre. Kesemua ini didapati daripada Studio 216, The Gardens. Hamparan permaidani multirona buatan 100 peratus wul Entrelacs, daripada Ligne Roset diikuti sofa Ottoman Noé Duchaufour- Lawrance dibeli di butik Ligne Roset di Brunei.

Manakala, ruang tamu utama megah memperagakan sofa tiga tempat duduk daripada Flexform, sofa berlengan Porada, meja kopi marmar hitam Porada dan disudahi hamparan permaidani daripada Minotti. Bangku keemasan Pols Potten adalah hadiah istimewa Wan Zainal kepada pemilik sebaik projek berjaya diselesaikan.

Ironinya, ruang menonton, ruang makan utama dan dapur dibina dengan pintu- pintu penyambungan yang memudahkan interaksi antara ruang. Ruang makan utama terletak di antara ruang menonton dan dapur. Bersifat lebih intim dan elegan, Wan Zainal mengaturkan meja makan bulat daripada Galloti & Radice dan kerusi kayu Porada sebanyak 10 unit. Kemasan marmar coklat dengan paten ira putih semulajadi pada panel dinding, antara salah satu unsur alami elegan untuk penataan ruang.

DAPUR BERGAYA & PRAKTIKAL Ruang dapur dibahagi fungsi kepada dapur kering dan basah. Wan Zainal memberi tumpuan lebih kepada struktur, reka pelan dan fungsi dapur kering. Rekaan dapur berpulau berbentuk separa bulat dibina bersambung dengan tambahan kabinet dapur memanjang menguasai ruang di bahagian tengah dapur secara tidak langsung mencipta titik fokal keseluruhan ruang. Meja separa bulat menjadi ruang makan tidak formal buat keluarga ini. Pantri untuk bahanbahan memasak dan snek kering berkongsi ruang lantai yang sama dalam bentuk kabinet kaca kabut melekap terus ke dinding.

Jelas Wan Zainal, “Berpandukan gaya hidup dan keperluan orang Asia, ruang dapur kering diperbesarkan sebanyak dua kali ganda. Kehidupan sosial orang kita sering berlaku di dapur untuk memasak dan makan sambil berbual. Dapur perlu dibina praktikal fungsi dan

semestinya bergaya timeless yang mampu bertahan sehingga 25 tahun,”

Teres luar yang dilapangkan kawasannya berfungsi sebagai salah satu ruang sosial untuk meraikan tetamu untuk makan malam atau barbeku berhadapan taman landskap.

HALAMAN SEBELAH Rekaan dapur berpulau berbentuk separa bulat dibina bersambung dengan tambahan kabinet dapur memanjang menguasai ruang tengah dapur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.