EDISI SANGGAR MAGHRIBI

Glam Deko (Malaysia) - - Warkah -

Terpesona saat memandang muka hadapan majalah GLAM Deko edisi 52. Penuh estetika, sarat nilai dan keindahan perincian membuatkan saya tidak boleh lepas dari memiliki edisi ini. Ternyata ianya sangat berbaloi dan menyuntik inspirasi untuk saya mencorakkan idea dan kreativiti mengilhamkan ruang kediaman cantik dan bergaya. Tahniah team GLAM Deko kerana sentiasa membawakan paparan yang eksklusif, menarik dan berbeza daripada majalah dekorasi tempatan yang lain. Tidak sabar menantikan edisi akan datang yang pastinya buah tangan istimewa yang sentiasa menjanjikan kelainan buat kami para pencinta seni dekorasi. Syabas team GLAM Deko!

Ameera Farhana Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.