Kontemporari Bergaya

Glam Deko (Malaysia) - - Trend -

Koleksi Mood, Flexform menawarkan mutu kualiti, keanggunan dan rekaan eklektik bagi mencipta mahligai impian selesa bergaya malar segar. Ketelitian pada butiran jahitan, kemasan material kayu asli dan fabrik memberikan dimensi luar biasa untuk rekaan sofa, katil, kerusi berlengan, meja makan dan kerusi meja makan. Kerusi berlengan, Elisabeth rekaan Roberto Lazzeroni antara yang paling menonjol dalam koleksi Mood. Interprestasi rekaan klasik kontemporari terlihat jelas pada lengkungan feminin sandaran belakang Elisabeth. Malah, kerusi chic ini hadir bersama aksesori tambahan kusyen kepala dan dasar untuk kerusi berpusing. Flexform dibawah naungan Studio 216, The Gardens.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.