Praktikaliti Luar Dalam

Glam Deko (Malaysia) - - Trend -

Pertama kali de Sede mencipta sofa lounge yang mampu berfungsi untuk kegunaan dalam dan luar kediaman menerusi DS- 610. Berpandukan reka bentuk pagar kapal, kerangka metal berbentuk tiub bertindak sebagai penyokong dasar keseluruhan sofa. Kemasan upholsteri boleh dipilih sama ada jenis kulit atau fabrik untuk kegunaan dalaman, manakala pilihan fabrik jenis luar DS- CUMULUS atau DSCIRRUS khusus dicipta untuk kegunaan luar kediaman. Anda juga boleh menambah aksesori kusyen berpadanan warna fabrik atau kulit sofa pilihan. DS- 610 oleh de Sede dibawakan Chesters Collection.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.