DESTINASI

Legasi jenama King Living yang telah mencecah lebih 40 tahun ini kini mula menjengah ke pasaran Malaysia. Seleksi penuh berkualiti, inovasi dan keselesaan adalah kunci jenama yang kekal utuh di pasaran antarabangsa

Glam Deko (Malaysia) - - Contents -

Menggabungkan reka bentuk, fungsi, kualiti dan praktikaliti untuk jenama Thomson Furniture. King Living membuka ruang pamer terbaru di IPC, Mutiara Damansara.

Apa? Bermula sekitar 1977, jenama yang bermula daripada Sydney, Australia kini mengorak langkah melebarkan sayapnya dengan membuka ruang pamer di Malaysia yang terletak di pusat beli belah IPC, Mutiara Damansara. Rekaan yang bijak menjadi pertaruhan jenama dengan suntikan elemen praktikal pada setiap rekaan. Beberapa rekaan perabotnya telah memenangi anugerah rekaan dan menjadi rekaan ikonik buat jenama ini sperti Jasper, Delta III juga King Cloud III. Yang Istimewa? Antara keunikkan yang ditawarkan perabot jenama King Living adalah penggunaan keluli tahan karat untuk membina kerangka perabotnya. Dengan jaminan selama 25 tahun, menjelaskan ketahanan dan praktikaliti di sebalik penggunaan material ini sebagai bahan utama pembinaan sesebuah perabot. Perabot yang direka King Living juga menampilkan sifat fleksibiliti dengan sarung perabot yang boleh diganti untuk pembersihan juga wajah baharu. Turut ditampilkan pada sebahagian rekaan adalah ruang penyimpanan pintar yang sesuai dengan keadaan kediaman yang memiliki ruang terhad. Di mana? Wajah baru pusat beli belah IPC menjadi lokasi pertama pilihan King Living. Sesuai dengan gaya baharu yang diterapkan di sini, ia pilihan ideal buat jenama ini. Ruang pamer King Living secara tepatnya beroperasi di unit L1.06, aras 1, Pusat Beli Belah IPC, Mutiara Damansara.

Sofa King Boulevard yang direka dengan menggabungkan elemen mewah dan kontemporari menjanjikan keselesaan namun masih tampil ringkas pada ruang berbeza di kediaman bersaiz besar mahupun yang memiliki ruang terhad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.