REKAAN HEBAT

Penggunaan teknologi di sebalik kecanggihan periuk serbaguna Cuckoo menghasilkan Cuckoo Nasi Gaba untuk jaminan hidup lebih sihat

Glam Deko (Malaysia) - - Contents -

Periuk serbaguna jenama Cuckoo untuk jaminan hidup sihat.

Pengalaman melawat sendiri ke kilang pembuatan rangkaian produk CUCKOO di Busan, saya didedahkan dengan teknologi disebalik kecanggihan periuk serbaguna CUCKOO. Istimewanya, kelebihan periuk serbaguna CUCKOO Nasi GABA ini telah diperkenalkan di Malaysia Januari tahun ini. Secara tradisinya, percambahan beras perang mengambil masa sehingga 20 jam rendaman di dalam air yang bersuhu 30 hingga 40° C dengan bilasan yang berulang bagi mengelakkan nasi daripada berbau. Namun, dengan periuk serbaguna CUCKOO seperti Q10, WHITE1010, HN10 dan M10, hanya satu sentuhan diperlukan untuk percambahan beras dalam masa dua jam, dan seterusnya penyediaan CUCKOO Nasi GABA. Lebih lazat dari nasi putih dan lebih berkhasiat dari nasi beras perang, nasi GABA diperkaya dengan Asid Gamma Aminobutyric ( GABA), vitamin B1, B6 dan E, Kalsium, Magnesium, Potassium, serat diet dan pelbagai lagi bahan untuk manfaat kesihatan. Dibandingkan dengan nasi putih, nasi GABA memiliki 10 kali ganda GABA, 3 kali ganda vitamin B1, dan 4 kali lebih kaya dengan Vitamin E. Kelebihan ini membolehkan nasi GABA membantu merendahkan tekanan darah, kandungan gula

dalam darah, tekanan dan tahap kolestrol, serta memperbaiki system penghadaman serta kesihatan minda.

Sistem Empat Teknologi Pintar

Selain daripada keupayaan untuk memasak nasi GABA, periuk serbaguna CUCKOO yang serba inovatif ini disertakan dengan empat teknologi pintar utama. Teknologi Algoritma Pintar mengubah penggunaan tenaga dan tahap tekanan, bergantung kepada kaedah masakan yang dipilih. Sehingga kini, terdapat 300 resipi yang dicipta menggunakan teknologi Algoritma Pintar CUCKOO. Dengan teknologi memasak menggunakan tekanan, fungsi khas ini bukan sahaja mengurangkan penggunaan tenaga dan masa memasak sehingga 70%, malah memanaskan dengan sekata agar khasiat dalam makanan tidak hilang, selain mengekalkan rasa aslinya. Suhu yang tinggi ini juga menyingkir organisma mikro yang memudaratkan, serta mengurangkan konsentrasi alfatoksin ke paras yang selamat. Teknologi pemanasan serta teknologi Saduran hadir untuk membantu kea rah gaya hidup kediaman sihat buat setiap keluarga.

Periuk serbaguna CUCKOO juga dilengkapi dengan pembersihan berstim automatik, kawalan suara, fungsi tetapan, dan 22 ciri keselamatan. CUCKOO Malaysia juga telah memperkenalkan pelan pemilikan bagi penyediaan juadah dengan mudah menggunakan periuk serbaguna CUCKOO, hanya dari RM40 sebulan.

Mengenai Cuckoo CUCKOO

adalah jenama terulung kelengkapan rumah di Korea Selatan. Di Korea Selatan, satu unit periuk nasi CUCKOO dijual setiap 10 saat, manakala satu unit penapis air CUCKOO dijual setiap minit. Hari ini, CUCKOO berjaya menonjolkan kehadirannya di 30 negara, merentasi lima benua.

Untuk keterangan lanjut layari laman web cuckoo. com. my, atau laman facebook rasmi CUCKOO.

MODEL HN10

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.