Yogurt Sub Zero

Glam Deko (Malaysia) - - Sajian -

BAHAN – BAHAN GREEN TEA KAKIGORI 1.8 kg susu soya 1 kg air Fiji 120 gm gula GREEN TEA TUILE 125 gm mentega 125 gm gula aising 100 gm tepung 5 gm serbuk the hijau 125 gm telur putih Bijan hitam & putih SIRAP TEH HIJAU 200 gm gula 29 gm serbuk the hijau 100 gm air PES KACANG MERAH 200 gm kacang merah 70 gm gula Sedikit garam CARA MENYEDIAKAN Ais kisar soya 1. Didihkan air bersama susu soya. Ketepikan dan bekukan dalam peti sejuk. 2. Kisar ais menggunakan mesin pengisar ais. Green Tea Tuile Masukkan kesemua bahan di dalam mangkuk dan kacau sebati. 2. Tuangkan adunan ke dalam acuan pembakar. Ratakan adunan sehingga menjadi rata dan nipis. Taburkan bijan hitam dan putih di atas tuile. 3. Bakar tuile pada suhu 160 darjah selsius selama 12 hingga 15 minit. Sirap Teh Hijau 1. Didihkan air bersama gula sehingga gula melarut. 2. Tambahkan serbuk teh hijau. Pes Kacang Merah 1. Rendam kacang merah semalaman. 2. Rebus kacang merah bersama gula sehingga kacang lembut dan air mengering. 3. Tapiskan kacang merah untuk mendapatkan pes kacang merah yang halus dan lembut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.