Hip Santai Terkini

Lokasi kafe dan restoran terbaru menawarkan pilihan ajnas gaya dan rasa berbeza. Istimewa untuk ulang tahun GLAM Deko, kami cadangkan barisan kafe baru dan hip yang sesuai untuk anda merai hari istimewa

Glam Deko (Malaysia) - - Libur -

Dengan pembukaan hotel terkemuka, Four Seasons Kuala Lumpur, mereka turut menyediakan ruang khusus untuk membeli belah dan menikmati gastronomi terkini dengan keselesaan dan suasana lebih santai dan kasual. Terbaru Atlas Gourmet telah membuka pintunya dengan konsep unik dan tersendiri. Menawarkan pilihan ruang makan dan pasar gourmet, ia sememangnya konsep terbaharu di Kuala Lumpur. Dengan tiga pilihan outlet, Atlas Gourmet Market, Atlas Bistro dan Atlas Pizzeria, setiap satunya membawakan pilihan yang tersendiri. Lebih unik lagi, di Atlas Gourmet Market, anda boleh memilih juga membeli sendiri bahan yang hendak anda nikmati dan disediakan terus di Bistro oleh chef berpengalaman di sini. Manakala jika hanya ingin bersantai bersama teman, pilihan menu di Pizzeria sememangnya membuatkan anda rambang mata dengan seleksi yang diinspirasikan daripada palet rasa tempatan seperti “Made In Malaysia”. Yang pastinya setiap satu hidangan di sini disediakan segar untuk anda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.