NERO NERO

Glam Deko (Malaysia) - - Libur -

Pilihan menu fusion gaya California bersama Itali menjadi pilihan untuk sebuah restoran yang mula menambat hati penggemar palet unik di kota Kuala Lumpur. Terletak di pusat beli belah terbaharu DC Mall, gaya dekorasi yang menampilkan kemewahan ala kafe di Eropah lengkap dengan binaan air pancuran, terasa cukup mendamaikan saat anda menikmati hidangan di sini. Terletak di tingkat atas, ia turut memberikan peluang anda menjamu hidangan di ruang terbuka gaya alfresco untuk keselesaan sambil ditemani bintang- bintang tatkala makan malam. Menu mereka semestinya unik dan tersendiri mengikut gaya signatur restoran ini. Jika anda hadir pada musim tertentu, pastinya terdapat menu istimewa yang direka chef bersesuaian dengan bahan yang hanya terdapat pada musim- musim tertentu.

TEMPAHAN Nero Nero beroperasi dari 12 tengah hari hingga 3.30 petang untuk makan tengah hari, 3.30 petang hingga 6 petang untuk pizza dan pencuci mulut dan 6 petang hingga 10 malam untuk makan malam pada hari Isnin hingga Jumaat. Manakala operasi hujung minggu bermula 12 tengah hari hingga 10 malam, tertakluk pada menu ala carte sahaja. Hubungi + 60320113811 untuk tempahan dan maklumat atau layangkan mel kepada info@ neronero- dc3. com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.