MAINAN FLORA UNIK

Meriahkan pengayaan ruang kediaman dengan suntikan rona metalik ilham seleksi Royal Selangor yang bisa disesuaikan untuk gaya berbeza

Glam Deko (Malaysia) - - Galeri Editor -

Gubahan bunga segar antara elemen perlu ada untuk memastikan ruang kediaman sentiasa tampil ceria dan berbau harum. Pelbagai gaya boleh anda cuba untuk memastikan gubahan yang anda cipta tampil lebih menarik, berpersonaliti dan sesuai dengan dekorasi keseluruhan kediaman daripada koleksi Royal Selangor Tidak hanya untuk kegunaan sendiri, ia turut praktikal sebagai buah tangan buat teman dan keluarga.

a) Tahukah anda bahawa bekas penyejuk botol dari Royal Selangor juga boleh digunakan sebagai bekas gubahan bunga? Padanan warna bumi dan metalik menyuntik sentuhan glamor pada ruang rustik. b) Pamerkan dedaun hijau di ruang tamu ala Marrakech dengan pasu Melon yang bermotifkan garis vertikal. Tambahkan elemen antikuiti dengan tapak lilin The British Museum Collection bercirikan abstrak Anglo- Saxon. c) Aplikasi elemen abstrak metalik melalui bekas bunga

daripada The British Museum Collection, yang bercirikan motif awal abad pertengahan Eropah, dan mangkuk kacang metalik bercirikan geometri Diamond daripada koleksi Bar, di ruang yang didominasi rona putih membuatkan ruang tidak kelihatan terlalu kosong. d) Hasilkan centrepiece yang menarik di ruang tengah meja makan dengan gubahan ringkas bungaan segar. Boleh juga digayakan bersama lilin untuk perincian yang lebih menarik. e) Bagi yang meminati dekorasi dengan berilhamkan alam semula jadi, gabungkan dekorasi dan barangan kayu yang berlainan tona dan tekstur. Tampilkan elemen metalik pada pasu bunga Four Gentlemen untuk menceriakan ruang monokrom.

Dapatkan koleksi - koleksi ini dengan berkunjung ke kedai- kedai Royal Selangor yang terletak di pusat membeli belah ternama seluruh Malaysia pengedar sah atau beli atas talian dengan melayari www. royalselangor. com.

a

c

d

e

b

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.