Biru Modular

Glam Deko (Malaysia) - - Trend -

Koleksi LAN terhasil daripada kolaborasi antara GAN dan studio reka bentuk terkemuka Neri & Hu. LAN terdiri daripada satu siri sofa, yang boleh diubah reka letak, dilengkapi aksesori dulang, panel skrin pembahagi dan hamparan permaidani. Struktur kain bersulam tangan melindungi kerangka logam turut berfungsi sebagai latar belakarang untuk komposisi kusyen bergerak. Warna indigo digunakan untuk keseluruhan koleksi termasuk kusyen membawa kepada nama LAN yang bermaksud biru dalam bahasa Mandarin. Permaidani ditenun menggunakan bulu tulen dengan dua teknik berlainan yakni Glaoui untuk dasar permaidani yang menampakkan bahagian tenun longgar dan corak geometri mengelilinginya. GAN Rugs di bawah naungan Space Furniture, The Intermark.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.