SENI PENJAGAAN DIRI

Ajnas produk keluaran jenama terkenal antarabangsa yang dibawakan oleh Kens Apothecary kini boleh anda miliki di Bangsar Village 2

Glam Deko (Malaysia) - - Destinasi -

Apa? Untuk anda yang gemar memanjakan diri mengunakan perawatan wajah dan tubuh dari jenama antarabangsa seperti Caudalie, Annick Goutal dan pelbagai jenama lain semestinya Kens Apothecary bukanlah sesuatu yang asing buat anda. Dengan keluasan mencecah 1200 kaki persegi, ia membawakan identiti gaya terbaharu seperti butik- butik lain di bawah jenama Kens Apothecary. Menurut pengasas jenama ini, Ken Lim “Di Ken’s Apothecary, kami percaya dalam menyediakan servis yang terbaik setaraf dengan barisan jenama efektif kini tersedia di butik kami dan tambahan terbaru yakni jenama Omorovicza untuk penjagaan wajah.” Yang Istimewa Wajah baru butik penjagaan diri yang dibuka semula di Bangsar Village ini turut menempatkan khidmat perawatan wajah di bawah jenama Omorovicza juga Caudalie. Omorovicza merupakan jenama yang berasal daripada Hungary dengan menggunakan air thermal sebagai langkah untuk memulihkan kulit yang terkesan akibat stress, kepenatan juga kurang rehat. Manakala buat Diptyque, ia memilih gabungan gaya lokal dan atmosfera eksotik yang mengangkat kanopi rotan bersama gaya tradisional Diptyque yakni gabungan oak, marmar dan tembaga. Manakala untuk penggemar dandanan wajah, By Terry menyediakan

ruang khusus untuk anda mencuba sendiri solekan dan kosmetik yang tersedia di bawah jenama ini.

Di mana Wajah baru Kens Apothecary yang terletak di Bangsar Village 2 ini terletak di Lot 8 aras UGF. Selain janama yang disebutkan dia atas, Ken’s Apothecary juga turut menyediakan pilihan jenama lain seperti Dr Sebagh, Creed dan Dr Brandt. Mereka turut membawakan seleksi koleksi lilin haruman antaranya jenama Dsiptyque, Annick Goutal juga Cire Trudon.

Perincian mewah menjadi pilihan untuk gaya signatur butik penjagaan diri Kens Apothecary. Manjakan diri dengan solekan dan perawatan wajah untuk gaya lebih segar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.