Trivia Warna

Glam Deko (Malaysia) - - Palet -

1. Kuning salah satu warna neon. Perlahankan sinergi kuning dengan padanan spektrum warna neutral seperti coklat gelap, kelabu dan putih pada penggayaan aksesori; sarung kusyen, kemasan lembut, lampu meja. 2. Kemasan kertas dinding bercorak kuning pada dinding fokal di kamar beradu dapat mencetuskan impak dramatik. 3. Campuran hijau pucuk pisang menerusi pilihan warna perabot meja konsol, kerusi berlengan atau sekadar pouf untuk gaya eklektik segar. 4. Bagi menjadikan kuning kelihatan lebih lembut, pilihan perabot kayu berwarna coklat cerah bersama hamparan permaidani linen dilihat menjadi.

Sofa lounge Tender oleh Patricia Urquiola untuk penghuni yang mahukan lebih ruang dan fungsi di kediaman serba moden. Sofa Tender dibawah naungan jenama Moroso.

Kabinet bar Aldo Tura Goatskin memaparkan corak ira marmar hijau dibaluti bahan kulit mewah dengan binaan rak- rak kaca telus.

Pinggan edisi terhad Scala Palazzo, Versace tercipta buat meraikan ulang tahun ke- 25 jenama ini mesti ada dalam koleksi setiap penggemar pinggan mewah.

Kerusi N º 11, Boca do Lobo menggabungkan pendekatan avantgarde dengan garis klasik yang memperlihatkan kerja pertukangan luar biasa dan teknik logam rumit.

Pancawarna kusyen Calypso, Christian Lacroix menyemarakkan semangat musim panas di ruangan duduk- duduk veranda. Ada di Janine, BSC & Great Eastern Mall.

Gantungan lampu siling kaca Bead Pendant, Tom Dixon buat menyeri ruang makan atau kaunter dapur.

Jag air kaca telus daripada LSA ini boleh diganti fungsi sebagai pasu buat bungabungaan segar.

Meja Liquefy, Glas Italia tercipta dalam variasi ukuran rendah dan tinggi dibentuk daripada kaca dilukis ira marmar multirona.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.