Santuari Peribadi

Bilik Tidur Sering Kali Menjadi Ruang Yang Diabaikan. Ia Sebenarnya Ruang Penting Untuk Kembali Bersemangat. Hidupkan Ruang Ini Ibarat Sarang Percutian Yang Dihias Indah Untuk Memanjakan Diri Dan Membuai Tidur Lena.

Glam Deko (Malaysia) - - Ruang - Teks SUHANA DESA Gambar LIVING 4 MEDIA

“Kamar ibarat santuari sempurna menghidupkan jiwa”

PENCAHAYAAN

Elemen yang dapat meningkatkan mood dan suasana dengan skema pencahayaan bilik tidur yang boleh dipertimbangkan; pastikan setiap sisi katil mempunyai fungsi pencahayaan sama ada untuk membaca, ruang tidur dan memperindahkan keseluruhan ruang kamar.

KEMASAN CADAR

Menjanjikan kualiti tidur dan rehat lebih sempurna. Rahsia cadar dan bantal yang selesa terletak pada kiraan benangnya. Pilihlah kemasan cadar daripada pilihan fabrik yang anda suka dan selesa, dan paling baik dengan kiraan benang yang tinggi sekurang- kurangnya 300. Untuk mencipta suasana elegan, warna putih mampu memberi impak sempurna.

WARNA

Pastikan pilihan warna memberi rasa

tenang dan tampil Untuk mendapatkan suasana ini di ruang personal, pilih satu warna daripada kelompok warna utama dan satu lagi warna sekunder untuk bahagian berbeza. Warnakan siling dengan warna yang sama seperti warna dinding. Jika mahu warna yang berlainan, kurangkan tona warna pada permukaan siling sebanyak 20 peratus.

HEADBOARD

Kepala katil menambah rasa selesa saat bersandar sambil menonton televisyen atau ketika membaca buku. Idea menghias kepala katil menuntut perhatian sebagai titik fokal dekorasi kamar. Reka bentuk geometri sesuai untuk ruang moden dan kemasan putih adalah iringan yang sempurna untuk aksesori berwarna- warni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.