Shangri La Kuala Lumpur

Glam Deko (Malaysia) - - Sajian - AIS KEPAL STRAWBERI & TAMAN BUAH MERAH

Berinspirasikan tunas rasa dan makanan lokal orang Malaysia, Adrian Gan, Eksekutif Chef Pastri untuk hotel Shangri La mencipta dua karya manisan; Ais Kepal Strawberi & Taman Buah Merah dan Chocolate Millionaire Tart with Black Forest Jar. Dia mengolah semula bentuk ais kepal yang cukup menggamit memori setiap kanakkanak Malaysia dalam bentuk lebih menawan dengan eksplorasi kesenian rasa dan tekstur. Berbeza dengan pemanis Chocolate Millionaire Tart with Black Forest Jar yang mengekalkan rasa asli Black Forest, namun Adrian berani bereksperimen menerusi teknik pembuatan dan rekaan yang luar biasa. Mahukan pengalaman gastronomi chef terbaik, hotel Shangri La adalah destinasi Shang Palace dan Lemon Garden. Rasai hidangan Perancis autentik dalam ambien elegan dan stylish menyajikan masakan China kantonis. Buat yang mempunyai selera besar dan mahukan kepelbagaian tunas rasa, Lemon Garden menawarkan hidangan bufet global bermula dari hidangan tempatan, sushi, masakan China, aneka pasta dan pancawarna manisan. www. shangrila. com/ kualalumpur. BAHAN – BAHAN AIS KEPAL STRAWBERI 200 gm air 220 gm puri strawberi 80 gm jus limau gedang 120 gm gula putih 5 gm serbuk agar- agar MERINGUE 180 gm gula putih 100 gm telur ½ nos kulit lemon diparut GEL RASBERI 250 gm puri rasberi 60 gm gula 2.5 gm serbuk agar- agar BAHAN – BAHAN LAIN 3 – 4 biji buah rasberi 3 – 4 biji buah strawberi 4 – 5 biji buah strawberi liar Cameron Highlands Kepingan daun emas Coklat putih Aneka bunga boleh dimakan CARA MENYEDIAKAN Ais Kepal Strawberi 1. Didihkan air bersama puri strawberi, jus limau gedang dan serbuk agar- agar. 2. Tuangkan adunan ke dalam acuan pilihan dan simpan sejuk beku selama enam jam atau semalaman. Meringue 1. Pukul telur putih pada kelajuan paling tinggi selama 30 saat. 2. Tambahkan gula dan pukul lagi sehingga adunan gebu. 3. Masukkan parutan kulit lemon dan paipkan adunan ke atas dulang pembakar. Gel Rasberi 1. Didihkan puri dan gula bersama serbuk agar- agar. Ketepikan dan simpan sejuk selama 2 jam. 2. Kisar jeli sehingga menjadi gel dan simpan di dalam botol kedap udara. sehingga keperangan atau masak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.