Sedekad

Glam Deko (Malaysia) - - Kata Pengarang - Suhana Desa EDITOR suhanadesa@ bluinc. com. my

Oktober bulan istimewa. Dan tahun ini lebih bermakna kerana GLAM Deko merai usia sedekad majalah ini. Bermula dari hanya keluaran setahun sekali, kemudian menjadi tiga kali setahun dan kini setiap dua bulan, majalah ini mendapat sokongan yang boleh dibanggakan. Untuk berada di tahap ini, pelbagai kelainan, pembaharuan dan suntikan kreativiti yang tidak pernah terhenti. Sepenuh jiwa dan raga dicurahkan demi menyediakan hanya yang terbaik dan eksklusif, dalam memastikan kualiti dan memuaskan hati semua.

Untuk edisi kali ini, mogul perniagaan kosmetik dan kecantikkan terkenal, Datuk Sri Aliff Syukri menjadi pilihan GLAM Deko untuk dipaparkan sebagai muka hadapan edisi kali. Mengenali usahawan ini dan melihat gaya hias serta cita rasa pilihannya, tidak hairanlah ia ibarat mimpi yang menjadi kenyataan, dan direalisasikan dengan keringat sendiri hasil sentuhan pereka Nik Ida Juliana. Paparan menyeluruh mahligai bak istana berkeluasan 30,000 kaki persegi boleh disaksikan di halaman 46. Tonton rakaman video eksplorasi ke setiap ruang kediaman di www. glam. my/ glamdeko

Merai ulangtahun bermakna, kami tetap menoleh ke belakang melihat pencapaian yang telah dicapai selama ini, dan memandang ke hadapan untuk memastikan yang lebih baik berbanding sebelumnya. Saya bagi pihak seluruh warga kerja GLAM Deko merakamkan penghargaan kepada semua pihak, terutama pembaca setia yang terus menyokong mjalah ini. Andalah sumber inspirasi dan pencetus semangat untuk kami terus berkarya!

Mencintai seni hiasan dalaman, jiwa saya belum puas menikmati majalah hiasan dalaman tempatan yang ada di pasaran 10 tahun lalu. Justeru, GLAM Deko hadir untuk mengisi vakum tersebut, melakarkan makna sebenar defi nisi sebuah majalah hiasan dalaman. Bersama warga redaksi, kami memberi seluruh jiwa, menuntaskan segenap idea untuk memaparkan yang terbaik daripada pengisian rencana, imej, kediaman cantik, dan reka bentuk bagi melunasi keinginan pencinta dekorasi tempatan. Dirgahayu GLAM Deko!

Aida Osman, Mantan Editor Pengurusan

“Glam Deko hadir tepat pada waktu dikala pencinta hiasan seni dalaman dahagakan sebuah wadah berupa majalah dekorasi yang memaparkan dekorasi menarik, imej cantik dengan reka bentuk yang moden dan segar. sebagai seorang yang house- proud saya bangga dengan lahirnya majalah ini”

Zulkifli Sulaiman, Pengarah Kreatif

“Majalah GLAM Deko mengajar saya untuk melihat, menghayati dan menghargai kerja- kerja seni orang kita dan antarabangsa bukan hanya dari mata kasar. Malah, membantu saya untuk mencipta pesona gaya tersendiri yang unik namun masih boleh dikenali oleh orang lain,”

Nadia Zolkifli, Penulis Kanan

“Selamat ulangahun ke- 10 buat GLAM Deko. Pada saya majalah ini berjaya menghasilkan kandungan, wajah dan perkongsian imej yang relevan sepanjang masa. Tahniah!”

Mazlan Yunos, JuruFoto

“Bermula dengan isu pertama ketika bekerja bersama majalah GLAM Deko menambah rasa cinta pada kerjaya saya yang mendapat pendidikan dalam bidang seni bina. Pelbagai idea dan konsep telah saya kongsikan, dan diterjemahkan dengan baik untuk tatapan semua pembaca dan klien yang banyak menyokong perjalanan majalah ini.”

Afiq Khairudin, Pengarah Seni

“Menjadi sebahagian daripada perjalanan 10 tahun buat GLAM Deko ini telah membuka mata saya mengenai dunia dekorasi yang luas dan penuh bercita rasa. Saya berasa begitu bertuah kerana diberi peluang bertemu dan menemubual pelbagai insan berpengaruh dalam dan luar negara yang membuka inspirasi berbeza setiap kali menjalani tugasan. Semestinya ianya tidak dapat dinilaikan dalam wang ringgit sepanjang pengalaman yang telah saya kumpul.”

Shahril Hadi Halim, Pengarang Gaya Hidup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.