GALERI EDITOR

Kekal Relevan

Glam Deko (Malaysia) - - Contents -

Karya asli kekal relevan sentuhan pereka ikonik dunia.

Rekaan ikonik pereka tersohor dunia, mencetuskan fenomena dalam industri seni reka, kekal relevan, gah dan unik dalam gaya tersendiri

Kerusi berlengan unik ini menggabungkan ciri- ciri tradisional dan moden, gabungan bahanbahan dan warna untuk pelbagai kegunaan. Kerusi Cassina Gender sentuhan pereka tersohor Patricia Urquiola.

Inovatif, selesa dan luar biasa, penampilan kerusi besi Welded bukti kekuatan dan daya tahan ciptaan pereka Harry Bertoia. Direka pada tahun 1950 untuk jenama Knoll

Koleksi premium karpet oleh Ferreira de Sá, untuk Studio216 termasuk koleksi eksklusif yang dinamakan sempena pulau- pulau di sekitar Singapura. Permaidani buatan tangan dengan teknik knotting ( menggunakan alat tenun manual), tampil unik dan mewah.

Meja sisi tiga tingkat daripada gabungan kayu walnut dan plastik Thermoset hitam dengan kaki besi direka oleh Greta Magnusson Grossman sekitar tahun 1952

Siri ‘ Nobody’s Perfect’ oleh Gaetano Pesce dicipta menggunakan teknik handpouring resin ke dalam acuan menggunakan warna- warna yang berbeza dan tidak seragam, mengekalkan ketidaksempurnaan implisit proses pengeluaran yang direka unik. Direka pada tahun 2002.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.