Ruang Persalinan Glamor

Saya selalu mendengar kata- kata “I wish i had his/ her closet”. Mengapa perlu menyimpan angan- angan jika hakikatnya anda boleh membina sesuatu yang bergaya sesuai cita rasa anda

Glam Deko (Malaysia) - - Ruang - Teks SHAHRIL HADI HALIM

SELESA Walaupun ruang ini tidak didiami, anda masih perlu mencipta selesa untuk memastikan anda tidak janggal untuk meluangkan masa di sini. Pastikan ruang pergerakkan yang sesuai untuk anda mengambil dan mengemas kini barang. Sediakan ruang duduk khas untuk anda duduk sebentar dengan menggunakan kerusi bertangan atau otoman. Letakkan karpet agar ruang terasa nyaman. CAHAYA Untuk anda yang mempersiapkan diri ( solekan dan dandanan) di ruang ini, anda masih memerlukan pencahayaan semulajadi untuk hasil yang terbaik. Gunakan tingkap sebagai titik fokal untuk mula merencana ruang dan pastikan pancarannya membantu anda bersiap. Masukkan sistem pencahayaan sesudah anda menetapkan susun atur kabinet dan perabot. Letakkan candelier atau lampu berkaki yang mewah untuk rasa lebih elegan pada ruang ini. SISTEM PENYIMPANAN Bergantung pada ruang saiz ruang anda, namun ia adalah perkara paling penting untuk memaksiamakan kegunaan ruang. Jika anda punyai ruang yang terhad, gunakan kabinet yang terbuka atau berpintu cermin selain sistem yang bijak dan mudah dikendali. Maksimakan binaan hingga ke siling dan gunakan perabot multi- fungsi yang turut boleh menyimpan barangan. ALIRAN UDARA Ramai yang lupa mengenai elemen ini dan hanya tersedar apabila baju berbau hapak juga barangan kulit sudah mula tumbuh kulat. Pengudaraan dan pencahayaan yang baik mengekalkan kualiti busana dan tas juga kasut kulit anda agar jangka hayatnya lebih lama. Jika anda tidak mempunyai tingkap sedia ada, hadirkan alatan

seperti alat untuk mengurangkan risiko ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.