Dapur Bergaya

Membina Dapur Idaman Tidak Menuntut Keluasan Ruang Yang Besar. Meski Hanya Ruang Lantai Yang Terhad, Penghuni Masih Mampu Memiliki Dapur Praktikal Fungsi, Relevan Dan Bergaya

Glam Deko (Malaysia) - - Ruang - Teks NADIA ZOLKIFLI

KOLAJ GAMBAR Ini adalah teknik paling mudah untuk seorang membentuk Koleksi gambar- gambar rujukan dapur yang diingini dapat mengenal pasti rekaan sebenar yang dimahukan penghuni. UKURAN Mendapat ukuran yang tepat bagi binaan kabinet, kaunter dan kabinet berpulau membantu penghuni dapat mendapatkan corak kerja praktikal sekaligus memaksimumkan penggunaan ruang lantai. KAUNTER BERPULAU Antara reka bentuk terpenting yang perlu ada di setiap kediaman moden. Selain, memudahkan aktiviti di dapur dan memberi ruang tambahan, kaunter berpulau atau kabinet berpulau memberi dimensi dapur kelihatan lebih luas. WARNA Dapur perlu berada dalam suasana cerah dan terbuka dengan laluan mudah untuk aliran cahaya dan udara keluar masuk. Putih adalah warna paling ideal. Biarpun mudah kotor, warna putih membantu penghuni menjadi seorang lebih pembersih. Penggunaan warna gelap dan kelam, menampakkan wajah dapur yang suram, comot dan kecil.

“Dapur adalah jantung buat setiap kediaman”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.