Maison Bibliothèque

Sudut bacaan atau working space antara ruang wajib ada di kediaman. Selain praktikal, ruang ini perlu dihias indah buat pelengkap dekorasi kediaman

Glam Deko (Malaysia) - - Ruang - Teks AFIQ KHAIRUDIN Gambar LIVING 4 MEDIA

PEMILIHAN KONSEP Dalam menentukan konsep atau gaya untuk ruang semi- formal ini perlulah praktikal dan memenuhi keperluan penghuninya.

REKAAN RAK BUKU Ada yang menggemari rekaan rak yang ditempah khas untuk menempati setiap ruang dinding, dan ada juga yang memilih rekaan Terpulang kepada cita rasa, keluasan ruang dan bajet masing- masing. Bagi penghuni yang mempunyai ruang yang luas, pastikan membuat ukuran terlebih dahulu sebelum menempah jenis rak yang bersesuaian. Bukaan rak juga memainkan peranan kerana bukan semua buku mempunyai ukuran yang sama. Bukaan rak setiap aras mestilah sama. Ketinggian rak juga perlu diambil kira, selain memastikan penyediaan tanga atau untuk mencapai bahan bacaan. ELEMEN PENCAHAYAAN Kebiasaannya sudut bacaan ini dibina berhampiran dengan jendela untuk menerima pencahayaan semulajadi pada waktu siang. Buat menambah gaya, hadirkan lampu meja, lampu siling seperti candelier dan juga lampu lantai untuk menambah pesona ruang.

PERABOT Tempatkan kerusi berlengan atau sofa satu tempat duduk bersama meja sisi atau meja kopi sebagai pelengkap gaya. Tambahkan aksesori lain seperti pasu bunga atau arca seni sebagai elemen dekorasi tambahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.