MODERN CUSTOM

Berlatar Lapangan Golf Subur Menghijau, Menjanjikan Seribu Satu Ketenangan Buat Seisi Penghuni. Pertembungan Elemen Alami Yakni Kulit, Metal, Bata Dan Kayu Menghidupkan Ruang Polos Dan Moden

Glam Deko (Malaysia) - - Kediaman - Penyelaras SUHANA DESA Teks NADIA ZOLKIFLI Arahan Seni & Penata Gaya AFIQ KHAIRUDIN Gambar WAN IZHAR ( ODS)

45 minit pemanduan dari Kuala Lumpur ternyata berbaloi sebaik tiba di lokasi penggambaran kediaman yang terletak di Impian Golf and Country Club, Kajang. Lapangan saujana menghijau padang golf mengiringi ketibaan kami dari pintu pengawal sehingga ke pintu masuk kediaman. Serba putih, tiada percaturan kompleks dan openness adalah paksi dekor kediaman rekaan Nik Ida Juliana “Keterbukaan, simetri lurus dan clean look sang penghuni yang sememangnya mementingkan kesempurnaan, seorang yang teratur dan kemas,” beritahu Ida.

Reka pelan asal kediaman diubah sepenuhnya bagi memberi lebih ruang untuk ruang tamu utama kediaman. Jelas Ida, “Kami menghapuskan fungsi ruang tamu dinding yang ada bagi memberi laluan mudah kepada pencahayaan. Di samping mahu mengekalkan latar pemandangan kediaman yakni lapangan golf yang subur menghijau.”

PERTEMBUNGAN ELEMEN

Kediaman dilatari warna putih gading menyuntik impak moden malar segar. Ruang tamu mempamerkan susun atur perabot dalam gaya konvensional. Lapang dan bergaya kasual, pereka berani mempertaruhkan percampuran material kulit, metal, bata dan kayu. Kemasan kayu cerah digunakan sebagai perincian pada permukaan mengakes terus penghuni ke kamar kecil dan kamar tetamu. Kata Ida, “Pemilik mahukan rekaan interior moden, kemas dan tidak menampilkan begitu banyak perincian dan aksesori seperti tombol pintu. Oleh itu, tercetusnya idea menyepadukan binaan pintu terus pada dinding yang secara tidak langsung memberi wajah ruang lebih kemas.” Ruang tersembunyi ini juga turut diadaptasi pada binaan ruang dapur basah dan ruang basuhan ( laundry area).

Gandingan perabot berunsurkan elemen kulit, kayu dan metal dalam

“Kediaman ini memberi ruang untuk saya sebagai pereka bereksperimen dengan perabot- perabot vintaj terpakai yang diolah semula menjadi kondisi moden praktikal seperti meja kopi hitam ini.”

“Keterbukaan, simetri lurus dan clean look sang penghuni yang sememangnya mementingkan kesempurnaan, seorang yang teratur dan kemas.”

ritma warna neutral bersatu serasi tanpa terlihat janggal. “Kediaman ini memberi ruang untuk saya sebagai perabot vintaj terpakai yang diolah semula menjadi kondisi moden praktikal seperti meja kopi hitam ini,” cerita Ida yang banyak mengunjungi kedai perabot antik dan terpakai sekitar ibu kota bagi mencapai pemilihan gaya yang dihajati.

Lagi tindakan bijak pereka yang tidak dijangka adalah mempergunakan reka bentuk tiang sedia ada sebagai paksi karakter ruang kediaman. Tambah Ida, “Ada tiang yang tidak boleh dimusnahkan ketika kami merombak semula reka pelan kediaman. Tidak mahu ianya mengganggu pandangan mata, saya menambah binaan tiang yang diwarnakan hitam agar kelihatan sebagai tiang besi bagi membentuk rekaan seragam secara menyeluruh di ruang aras bawah.”

Ida juga tanpa gentar bertindak mengecilkan ruang santai di aras atas kediaman untuk membina struktur siling tinggi ruang menonton aras bawah. Gantungan lampu berukuran dempak berbentuk kiub metal menyimbahkan cahaya malap di sekitar ruang. Kata Ida, “Pemilik menghuni bersama lima anak mereka yang sudah menginjak remaja dan mereka tidak menggunakan ruang legar aras atas sepenuhnya sebaliknya menumpukan pada fungsi kamar

ABSTRAK WARNA

Latar dinding polos putih diserikan Ida dan pemilik terbang terus ke Bali bagi mendapatkan lebih dari beradu. Binaan dinding daripada bata merah membentuk ruang muzik. “Pemilik mempunyai cita rasa tersendiri dan tahu apa yang mereka mahukan. Namun, mereka masih memberi kebebasan buat saya mencurah idea dan inspirasi tanpa batasan. Chemistry amat penting antara pereka dan pemilik kediaman kerana membina dan mereka bentuk kediaman adalah projek jangka masa panjang malah membabitkan persona dalaman pemilik,” ujar Ida yang menyiapkan kediaman seluas lebih 6,000 kaki persegi ini dalam tempoh 8 bulan sahaja.

“Pemilik menghuni bersama lima anak mereka yang sudah menginjak remaja dan mereka tidak menggunakan ruang legar aras atas sepenuhnya sebaliknya menumpukan pada fungsi kamar beradu masing- masing.”

Akesori pasu dan lilin wangi menghiasi meja kopi di ruang tamu utama. HALAMAN SEBELAH Kediaman berkonsepkan lapang dan terbuka, pereka tidak gentar menggabungkan empat elemen berbeza yakni kulit, metal, bata dan kayu.

Ruang tamu memberikan pandangan jelas terus ke lapangan golf subur menghijau. Ruang menonton atau bersantai keluarga dipisahkan oleh binaan tangga di ruang tengah kediaman. Kerusi tanpa lengan diperbuat daripada metal dibeli oleh pemilik di London.

Keseluruhan koleksi lukisan abstrak kediaman dibeli oleh pereka di Bali, Indonesia. HALAMAN SEBELAH Kamar beradu utama – moden minimal dengan aturan otomen vintaj berkemasan kulit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.