AS PALACE

Banglo Terbina Seluas 30, 000 Kaki Persegi Ini Memiliki Lebih Daripada 62 Ruang Hidup Termasuk Beberapa Kamar Beradu En Suite, Wardrobe Baju, Wardrobe Kasut, Surau Dan Gimnasium

Glam Deko (Malaysia) - - Kediaman - Penyelaras SUHANA DESA Teks NADIA ZOLKIFLI Arahan Seni & Penata gaya AFIQ KHAIRUDIN Gambar WAN IZHAR ( ODS) Video AHMAD HANIF ISHAK ( AETOSX VISUAL)

Dibuai mimpi dan angan indah, akhirnya direalisasi atas keringat sendiri - istana mahligai milik mogul perniagaan kosmetik dan kecantikkan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri umpama kayangan di alam nyata. Terkesima dan kagum, itulah perasaan saya sebaik tiba di perkarangan banglo. Binaan pancuran air dengan ukiran initial nama pemilik AS menyambut langkah pertama tetamu yang bertandang. Seni bina banglo megah – mengadaptasi campuran seni bina kegemilangan empayar Roman dan klasik eropah.

Penggambaran kali ini diputuskan atas kerjasama pereka banglo, Nik dalam masa empat tahun termasuk satu tahun untuk lakaran kasar, reka bentuk pelan, manakala dua tahun diperuntukkan untuk kerjakerja kasar, binaan landskap dan hiasan dalaman. “Saya dan Datuk Seri dipertemukan melalui mutual friend. Kali pertama bersua, kami mempunyai instant chemistry yang mana amat penting untuk pereka dan pemilik rumah perlu ada. Ini memastikan kelancaran projek,” jelas Ida yang turut bertanggungjawab mereka bentuk perabot, aksesori dan pencahayaan buat keseluruhan ruang banglo. Ida turut menjelaskan masa lama yang diambil untuk menyudahkan projek ini kerana banyak perkara yang perlu bentuk dalaman banglo.

INTERPRETASI MODEN KLASIK MEWAH

Banglo Aliff Syukri dibina di atas sebidang tanah seluas 40,000 kaki

“Pemilik mahu rekaan klasik mewah yang kemudian diterjemahkan semula oleh pereka kepada Royal Modern Classic.”

persegi yang dibeli oleh Aliff Syukri pada tahun 2015 lagi. Banglo ini terletak berdekatan dengan banglo lamanya ( hanya diselangi beberapa unit banglo lain). Pemilik mahu mengekalkan rekaan klasik mewah yang kemudian diterjemahkan semula oleh Ida kepada Royal Modern Classic. Kata Ida, “Aliff Syukri mahukan gaya mewah klasik yang sarat dengan kegemilangan emas di setiap pojok, perabot dan aksesori.

Tidak mahu terlalu lemas dalam ukiran baroque dan kemilau emas, saya suntikkan elemen kemodenan menerusi penggunaan material marmar, fabrik polos, mainan corak geometri pada kemasan lantai dan tentunya simbahan warna- warna kusam milennial seperti kelabu dan beige pada dinding- dinding.”

Kebanyakkan perabot dan aksesori yang ada ditempah khas kerana mahu menepati keluasan ruang yang ada. Ada juga yang dibeli lewat kembara oleh pemilik di negara- negara Eropah seperti London, Perancis, Itali dan Sepanyol.

Terdapat lebih daripada 62 ruang hidup dibina dalam banglo seluas kamar- kamar beradu en suite, wardrobe pakaian, wardrobe kasut, ruang tamu, dapur kering, dapur basah, ruang makan formal, ruang makan kasual, bilik menonton, surau dan gimnasium. Banglo terbahagi kepada dua sayap yang mana sayap pertama memayungi dua ruang tamu, manakala sayap kedua terbinanya dapur kering, dapur basah, ruang makan kasual dan ruang makan formal. Sebanyak tiga aras dibina bagi menampung ruang- ruang hidup yang ada termasuk aras bawah tanah atau basement yang menempatkan bilik- bilik wardrobe penghuni dan unit penyimpanan lain seperti stor. Beritahu Ida, “Semasa dalam reka pelan terdapat lebih daripada 62 ruang hidup yang perlu dibina, dan setelah siap sepenuhnya ruang – ruang yang ada telah berkembang dengan lebih banyak.” Malah yang menariknya mengenai banglo ini, setiap kamar beradu yang ada terbina dalam konsep dan tatarias berbeza. “Setiap kamar beradu yang ada dibina dalam atmosfera interior berbeza yang mana setiap satunya membawa ceritera dan pengalaman mereka bentuk yang tersendiri,” jelas Ida.

“Tiang- tiang terlihat seakan marmar, namun sebenarnya adalah karya lukisan artis tempatan di atas kepingan jubin.”

Ruang duduk- duduk banyak terbina di antara ruang- ruang hidup yang ada di banglo. Pejabat Dauk Seri Aliff Syukri dalam spektrum warna malap keemasan. HALAMAN SEBELAH Terowong marmar hitam, laluan yang perlu dilalui penghuni menuju ke sayap kedua banglo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.