Enfin by James Won

Glam Deko (Malaysia) - - Sajian -

Pemanis mulut, Bombe Alaske dan Palatte Cleanser antara menu ikonik yang termaktub dalam Won. Kolaborasi ini mahu mencabar lima deria manusia dalam lima peringkat menu inovatif dan kreatif yang dipersembahkan bersama teknologi interaktif sensori dan projektif 360 darjah. Pertama seumpamanya di Malaysia, pencinta makanan dibawa menyelami lima senario keindahan alam di negara kita antaranya melihat ke dasar laut yang indah di Sabah, yang dihuni makhluk- makhluk laut yang cantik dan unik menawan seluruh minda dan sanubari. Menu dicipta sepenuhnya oleh Masterchef James Won yang terkenal dengan kemahiran teknikal, penggunaan ramuan terbaik dan persembahan visual unik dan menarik perhantian. Setiap elemen yang terlihat pada hidangan dapat dirasai dengan harmoni tanpa dominasi palet antara satu sama lain. Won, Menara Hap Seng. Tempahan boleh dibuat sehingga 9 November ini melalui rakan tempahan rasmi Tapestry Malaysia, TableApp. BAHAN – BAHAN PALATE CLEASER 200 gm kumquat 100 gm gula 100 ml air 40 gm gelatin dikembangkan dalam air 1 biji jus lemon 650 gm susu 300 gm gula 40 gm penstabil aiskrim 50 gm susu serbuk 300 gm yoghurt 20 gm minyak zaitun 5 gm garam CARA MENYEDIAKAN 1. Didihkan kumquat bersama gula, air dan jus lemon. Masukkan gelatin. 2. Didihkan susu, krim dan gula. Campur kesemua bahan kering dalam satu mangkuk. Kemudian, masukkan adunan yang dididihkan tadi dan kacau sehingga sebati. Tapis adunan. 3. Kemudian, masukkan yogurt, minyak zaitun dan garam ke dalam adunan yang telah ditapis tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.