G

Pengalamannya lebih daripada 15 tahun dalam bidang produksi dan penyiaran sememangnya dikagumi. Dia turut dikenali umum pernah bermain dram untuk kumpulan Blackrose. Sha’arin Razali Wong kini lebih serius dan fokus berjawatan sebagai Pengarah Eksekutif Bl

GLAM Lelaki (Malaysia) - - NEWS - Teks, Penyelaras & Arahan Seni: Johan Kassim Grooming: Naoki Chu Lancome Make Up Artist Rambut: May Ng/my Make Up & Academy Gambar: Keen Ky

Apakah idea kebahagiaan sempurna? Menyaksikan pemandangan matahari terbenam bersama isteri dan keluarga juga rasa bersyukur terhadap kurniaan yang diterima.

Perkara paling ditakuti? Tak punya ketakutan yang spesifik cuma saya tak mahu apa- apa yang kurang baik terjadi kepada keluarga dan teman-teman.

Individu paling dikagumi? Dia tak tahu tentang ini tetapi tentunya isteri saya. Kerana dia berupaya menjaga saya dan dua anak lelaki kami.

Bahagian penampilan tidak disukai?

Kulit muka saya. Saya selalu berharap agar memiliki kulit muka yang cantik dan bebas masalah kulit muka.

On what occasion do you lie?

Sewaktu ditahan polis dan akan dikenakan saman jalan raya. Saya akan memberi alasan dengan berkata “Sorry bang, sakit perut sangat ni.” Haha!

Perkataan atau frasa paling kerap disebutkan? Great! Power! Amazing! Perkara paling dikesali?

Saya tak percaya akan penyesalan. Whatis

done, is done. Kita hanya patut fokus apa yang akan terjadi di masa hadapan dan tidak untuk mengulangi kesalahan yang lalu.

Bila dan di manakah tempat anda rasa paling gembira? Here and now. Apakah bakat sering anda impikan?

Kebolehan melukis lukisan yang menakjubkan. What is your current state of mind? Perasaan ingin tahu sentiasa ada. Pencapaian terbaik? Kebolehan saya untuk selalu menginovasikan diri. What is your most treasured possession?

Keluarga dan kesihatan saya. Saya perlu tampil sihat untuk menjaga keluarga saya, bukan? What do you regard as the lowest depth of misery?

Menjalani kehidupan dengan melakukan perkara yang tak diingini. Ia merupakan pembaziran masa.

Sifat paling menyerlah pada karakter anda?

Kebolehan saya ‘membaca’ orang lain.

Perkara paling dihargai dalam teman-teman anda?

Bebas menjadi diri sendiri semasa bersama mereka.

The biggest misconception about me?

Ada yang menganggap saya sombong. Raut wajah saya sahaja yang nampak seperti sombong. Tetapi hakikatnya tidak.

Cabaran terbesar? Mengemudi

perniagaan sendiri selepas bekerja di bawah majikan selama 15 tahun.

Lelaki tak patut… Memakai kanta lekap. Perkara terbaik pernah dikatakan tentang saya adalah… That I’m psychic. Which I am. Sometimes. What is one thing you want to see it plenty and free in this world? Penjagaan kesihatan.

Women should always… Be classy and fabulous! (Well Coco Chanel said that so it must be true).

Genre buku kegemaran? Novel genre fantasi seperti Game of Thrones atau karya tulisan Neil Gaiman.

Definisi lelaki alfa? Seorang pemimpin dengan kecerdasan sosial yang tinggi dan sentiasa berusaha untuk berjaya.

Perkara pelik tentang diri anda?

That I think I’m normal.

What is that you are passionate about? Keadilan, pengetahuan dan melancong ke tempat baru.

Tip grooming? Untuk lelaki mudah sahaja. Hanya pastikan anda mandi, berbau wangi dan sentiasa menggosok baju. That’s it, you’re sorted!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.