BONIA TAMPIL LEBIH MUDA

Dikenali sebagai pakar aksesori kulit, jenama ini membawa kelainan dalam koleksi baru musim panas bunga 2017

GLAM Lelaki (Malaysia) - - NEWS -

Pepe Torres mempunyai jenis resume yang boleh membuat manamana pakar fesyen cemburu: 10 tahun sebagai Ketua Pereka di Burberry, 3 tahun sebagai Ketua Pereka di Loewe, dan 2 tahun sebagai Penyelaras Koleksi Wanita di Carolina Herrera, hinggalah kini mendukung tanggungjawab sebagai Pengarah Kreatif untuk firma Twelve Design Consultants yang berpejabat di tempat asalnya yakni Barcelona, Sepanyol.

Dengan pengalaman begitu berharga, kita tidak perlu persoalkan lagi mengapa pada Disember 2014 yang lepas, Bonia melantiknya sebagai Pengarah Kreatif baru mereka, untuk menghembuskan sesuatu yang segar pada jenama aksesori kulit ini.

Sebelum itu, Pepe Torres mengenali Bonia semasa melawat Singapura beberapa tahun lalu. Berbekalkan pengalaman sekian lama mengendali dan mereka aksesori kulit di Eropah, Pepe cukup kagum dengan kualiti produk Bonia. “Bagi saya, kualiti Bonia

setanding produk Loewe,” katanya.

Biarpun berkualiti tinggi, secara tradisinya, peminat fesyen lokal biasa mengasosiasikan Bonia dengan golongan setiausaha pejabat ataupun sebagai pilihan item untuk dibuatkan hantaran perkahwinan. It’s tradisional and safe. Sesuatu yang diminati golongan lebih matang.

Namun, sejak perlantikkan Pepe, Bonia semakin berani mengemukakan rekaanrekaan aksesori kulit yang kreatif. “Little

by little,” respon Pepe. “Perubahan itu tidak boleh berlaku secara mendadak. Kami buat secara berperingkat, agar perlahan-lahan dapat menawan hati konsumer sedia ada Bonia kepada pembaharuan ini.”

Dia menyambung, “Memang persepsi umum terhadap Bonia ialah ia satu jenama yang klasik dan matang. Namun, dalam koleksi musim bunga panas ini, anda boleh lihat bahawa kami ingin memperkenalkan sesuatu yang lebih muda dan baru.” Contoh yang paling ketara? Corak

camo kini menghiasi aksesori lelaki Bonia – something very unexpected from the brand! “Koleksi ini lebih berisiko daripada musim-musim sebelumnya, misalnya sentuhan kulit

nubuck bercorak camo ini,” akui Pepe. “Koleksi ini juga menawarkan beberapa bentuk baru pada opsyen beg dengan paduan material kulit

yang kreatif. Sedikit sofistikasi – no flashy details!”

Musim bunga panas 2017 ini, Bonia memberi lelaki kota satu koleksi yang holistik, dengan pilihan aksesori untuk semua majlis, daripada tuntutan kerja ke aktiviti berlibur. Jiwanya kontemporari, dengan sedikit elemen vintaj dan retro yang semakin diminati penggerak fesyen muda. It really

is an exciting collection. Pepe Torres sendiri terlalu seronok dengan himpunan ini. “There’s so many pieces from this collection that I want to have!”

Menurut Pepe, sebagai seorang pereka, dalam berkarya, inspirasi itu datang bertandang dari pelbagai sumber. Untuk koleksi ini, idea mengembara dan kepelbagaian budaya menjadi ilham utama Pepe, dipengaruhi liburannya ke Amerika Selatan. “Peninggalan tamadun Maya, Aztec, Inca, puing-puing di Machu Picchu… saya seronok menerokai dan mencedok idea daripada budaya Amerika Selatan. Jadi, koleksi ini ibarat penghormatan saya untuk kepelbagaian budaya itu.”

Yang penting, identiti Bonia masih kekal bernyawa dalam rekaan-rekaannya. “Quality, functionality, modernity,” Jelas Pepe. “Tidak kira apapun inspirasinya, dalam setiap rekaan, itulah jiwa Bonia yang kekal. Dan sudah tentunya kualiti produk Bonia amat tinggi.”

“Dan jejaka Bonia menghargai kualiti,” sambungnya lagi. “Dia juga inginkan sesuatu yang timeless, tapi moden. Walaupun saya masukkan unsur-unsur kreatif seperti corak camo bersama dengan rekaan-rekaan yang lebih matang, ciri timeless itu sentiasa ada.

Nothing too avant garde or trendy. Kerana lelaki Bonia mahukan sesuatu yang masih relevan dalam masa 10-20 tahun, tidak kira trend.”

Pepe Torres, pengarah kreatif Bonia

Kunjungi butik Bonia terdekat untuk melihat koleksi musim bunga panas 2017 ini. Atau layari www.bonia.com untuk belian atas talian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.