GL 50

Siapa, apa dan di mana? Trend dan pengaruh yang bakal mewarnai senario budaya pop sepanjang musim dan tahun ini

GLAM Lelaki (Malaysia) - - NEWS -

IKUT GAYA… WATAK-WATAK 1 FIKSYEN

KAMI TONTON DAN MEMUTUSKAN WATAK-WATAK DALAM FILEM-FILEM ERA BARU INI ADALAH RUJUKAN TERBAIK GAYA-GAYA LELAKI MUSIM BUNGA PANAS!

2 TREND SS ‘17 : BONDAGE

Obsesi pereka-pereka juga jenamajenama pada kulit, harness, tali kendali dan apa-apa yang kena-mengena dengan budaya S& M menjadi-jadi musim ini! Dior Homme ke Louis Vuitton sehinggalah KTZ, bagai menjulang budaya ini, barangkali kerana mahu mencipta tension si subversif bersama submisif di atas pentasnya mahupun saja menunjukkan lagak memberontak. Hmm.

3 PENAMBAH GAYA: BOLON EYEWEAR

Tampil bergaya dengan jenama kaca mata yang baru menjengah pasaran Malaysia, Bolon. Jenama asal negara China ini punya koleksi kaca mata yang classy, moden dan ringan. Seperkara tentang Bolon, rekaannya tersendiri yang tidak dapat di mana-mana. Anne Hathaway menjadi wajah pelaris jenama ini. Bolon Eyewear boleh didapati di butik kaca mata Seen dan A-Look.

4 TIGA LOOKS KAMI SUKA: BURBERRY FEBRUARY 2017 COLLECTION

Kesinambungan koleksi ‘See Now Buy Now’. Berdasarkan pengamatan kami, koleksi terbaru ini menampilkan imej baru dengan pendekatan siluet lebih longgar juga ‘strong structure’. Ini tiga looks yang kami gemari.

5 DESTINASI CUTI 2017: Culture

Usai Pitti Uomo tahun ini, luangkan sedikit masa menerokai kota Pistoia, 30km daripada Florence. Diberi penghormatan sebagai ‘Italy’s Capital of Culture’ tahun ini, Pistoia kaya dengan budaya - seni bina

medieval, himpunan karya seni kontemporari juga pasar tani menjadi tarikan utama.

6 FRESHEST MUSIC: BARNS COURTNEY

Berusia 26 tahun dengan wajah ‘jambu’ iras brooding model, Barns Courtney doesn’t sound like he looks. Wujud kematangan dalam suaranya pabila mendendangkan lagu genre folk rock- nya. Walaupun belum mengeluarkan album penuh, Barns sudah bergelar jutawan hasil daripada penggunaan lagu-lagunya dalam filem Burnt (2016), rancangan TV seperti Teen Wolf dan Ellen.

7 JAGA RAMBUT NUNATURE ANTI HAIR FALL SHAMPOO

Apa saja kebimbangan tentang rambut mungkin ada penawarnya pada produk NuNature. Jenama yang boleh didapati di semua Watsons Malaysia ini menyediakan pilihan produk yang hampir sempurna sebagai makanan ruji rambut anda.

8 ILHAM GAYA: LUKE EVANS

Perihal gaya Luke Evans sememangnya # onpoint. Sepanjang menghadiri acara premiere filem Beauty And The Beast, Luke Evans dirakam menggayakan pelbagai helaian mewah dengan cukup sempurna. Inilah empat gaya terbaik Luke Evans yang patut difokuskan.

9 STELLA MCCARTNEY’S MENSWEAR DEBUT!

Stella McCartney mempersembahkan himpunan lelakinya – buat julung kalinya! McCartney banyak mencedok elemen menswear buat himpunan wanitanya, langsung telah tiba waktu untuk mendukung idea yang telah banyak mempengaruhinya.

10 JORDAN BARRETT… EXUDES 90s MALE SUPERMODEL!

Jordan Barrett, asal Australia, bagai tak putus-putus rezekinya dalam liga peragaan lelaki dan diberikan darjat yang menhargai kewujudannya. Berwajah boyish, kacak dengan imej rambut perang serta figura yang menonjolkan interpretasi supermodel lelaki 90an.

11 THE STARBOYS

Dua ikon generasi masa kini telah melancarkan buku bersifat peribadi buat tatapan peminat mereka. Segalanya tentang keluarga, kerjaya dan kisah hidup dikongsikan oleh mereka. Sedikit sebanyak tip mengenai kehidupan boleh dipelajari sesama kita.

12 TREND SS ‘17 : WAIST-ED TIME

Daripada paperbag waist comeback Juun J dan Bottega Veneta, kepada gaya boxer yang sengaja kelihatan

ala club kids di Kenzo, dengan konsep double waist loops di Salvatore Ferragamo dan manipulasi pinggang seluar oleh Marni.

13 GAJET COMEBACK 2017

Beberapa gajet kesayangan anda membuat jelmaan baru musim ini.

1 Nokia 3310

New and improved! Dijangka dikeluarkan MeiJun, pada harga (RM230). Bateri memberi 22 jam talk-time, kad mikroSD 32GB dan game Snake diperbaharui. Tapi, sedihnya, 3310 cuma menyokong jaringan 2G. Hmm.

2 Motorola

Setelah diambil alih oleh Lenovo di bawah nama Moto By Lenovo, jenama ini kini dibaptiskan semula menjadi ‘Motorola’ – dan CEO Lenovo, Yuanqing Yang telah menyuarakan Moto RAZR mungkin akan membuat comeback! Sementara itu, nantikan model Moto G5 dan G5 Plus musim ini.

3 BlackBerry

Misi syarikat China, TCL untuk menghidupkan semula jenama BlackBerry bermula dengan model KeyOne yang diumumkan Feb lalu. Khabarnya ada tiga lagi model baru BlackBerry yang bakal menemui konsumer dalam tahun ini.

14 KULIT CANTIK HARUS SIHAT

Membersih, Detox (Nyahtoksin) dan Mengaktifkan. Tiga tumpuan utama di semua rangkaian produk cuba memberi kesan yang bagus untuk kulit ini. Daripada Krim Badan Mandarin & Rosemary Leaf, Gentle Gel Facial Cleanser, Age-Repair Eye Cream, Antioxidant + Facial Oil, Detox Serum, Rangkaian penjagaan rambut serta banyak lagi. Grown Alchemist hadir dalam pakej menarik dan sesuai untuk dekorasi rak grooming anda. Kini boleh didapati secara eksklusif di butik kecantikan Kens Apothecary Suria KLCC dan The Gardens Mall.

Ben Cash dalam Captain Fantastic! Viggo Mortensen melakonkan Ben Cash yang tampil hipi, boho dan ala si gelandangan yang stylish. Paling terkesan adalah babak dia bersut merah, ada estetika Alessandro Michele.

Untuk mengangkat gaya ala old Hollywood classic, Sebastian lakonan Ryan Gosling dalam La La Land memerikan imej terbaik. Dalam kemeja dress dan sut klasik, beserta kasut dance brogue benar-benar mengingatkan kita pada Fred Astaire.

Carefree dan menggambarkan Italian summer, peran Harry Hawkes oleh Ralph Fiennes dalam A Bigger Splash tampil relaks juga bersahaja. Kemeja bercorak digabung padan dengan seluar pendek mandi cukup sempurna untuk musim panas yang menggigit.

Jake Gyllenhaal yang memeran watak Edward Sheffield dalam Nocturnal Animals, biarpun karakternya nampak tak berupaya, gaya-gaya Western yang ditampilkan berupa jejaka tough. Kemeja

checks, kemeja denim dengan seluar jean.

KTZ Dior Homme

Stay Golden Oleh Lucky Blue Smith

Bottega Veneta Marni Juun J.

Z Oleh Zayn Malik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.