KATA EDITOR

Dugaan mampu mematahkan semangat. But hardworkwill payoff. Dengan syarat, niat harus ikhlas.

GLAM Lelaki (Malaysia) - - NEWS - Berakit- rakit Ke Hulu

Ibelieve in hard work. Aku sendiri dulu mula sebagai penulis junior, dengan gaji cuma RM1,500. Tika itu, aku boleh saja pergi bekerja sebagai seorang eksekutif korporat ataupun bina karier dalam jurusan rekabentuk dalaman yang aku pelajari, dengan potensi gaji yang lebih besar. Tapi hatiku pada bidang penulisan. It’s not a lucrative career choice, amat demanding pula tu, namun aku tahu: “Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.” Awalnya memang sakit, dengan dugaan yang mampu mematahkan semangat. But hard work will pay off. Dengan syarat, niat harus ikhlas. Jadi bila aku baca kisah struggle pelakon Redza Rosli (ms. 98) dalam membina kerjayanya, timbul rasa kagum dan hormat. Sebab aku boleh

relate. Tambahan lagi, biarpun sudah kecapi populariti dan sukses kini, dia kekal rendah diri, mesra, mudah bekerjasama dan penuh dedikasi. Sungguhpun selesema semasa hadir shoot GL, Redza akur memenuhi permintaan kami untuk berendam dalam tab mandi. Berkali- kali. That’s

commitment. Aku percaya kisah perjalanannya mampu memberi inspirasi kepada pembaca.

Bicara fasal inspirasi, laporan GL50 (ms. 44) merumuskan fesyen, trend, personaliti, muzik, dan pelbagai aspek pop culture yang memberi nyawa kepada musim dan tahun ini. Item fesyen terkini, jaket bomber dan blouson pula (ms. 110), dipersembahkan dalam tata gaya sarat personaliti. Itulah antara kandungan menarik kali ini, hasil kerja ‘keras’ kami khas untuk kalian semua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.