LILIN HARUMAN MISTERI

GLAM Lelaki (Malaysia) - - NEWS -

Jenama teh mewah terbaik dunia memperkenalkan lima pilihan lilin wangian yang direka dan dirumuskan oleh pengisar TWG Tea dengan kerjasama perfumer asal Perancis. Menggunakan enam kilogram teh pada setiap lilin, menghasilkan aroma teh campuran paling menawan. Lilin terdiri daripada Emperor Sencha Scented Candle, Five O’Clock Tea Scented Candle, French Earl Grey Scented Candle, Macaron Noir Scented Candle dan Silver Moon Tea. Lilin TWG Tea Scented dijual pada harga RM212 setiap satu dan boleh didapati di semua salun dan butik TWG Tea seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.