PEWANGI TEPAT PRIA URBAN

Musim ini pewangi khas buat jejaka milenia yang sentiasa mahu mempersembahkan yang terbaik di hadapan khalayak, begitu juga bau badannya. Pria kota bertaruh bagi menambat hati sang dewi tatkala hari malam berganti. Enam pewangi terkini ini bisa buat tarik

GLAM Lelaki (Malaysia) - - NEWS -

1 BOTTEGA VENETA POUR HOMME PARFUM, 90ML. RM420

Hasil campuran bahan terbaik yang jarang ditemui. Jus berkayu pekat diletakkan sebagai haruman pembuka diselitkan dengan nota pedas daripada daun cedar dan buah pelaga. Manakala nota tengah bumbu cengkih dan balsam cemara memberi penyeri. Pemilik haruman ini ialah Tomas Maier, memberi satu ungkapan kekuatan dan kejantanan sejati, meningkatkan nilai pewangi

signature jenama ini.

2 VERSACE DYLAN BLUE, EDT 100ML. RM369

Komposisi nota segar akuatik, Calabrian bergamot, limau gedang dan daun ara di nota atas, diserakkan lagi dengan nota tengah daun violet, kayu

papyrus, nilam organik, lada hitam dan ambrox. Mineral musk, kacang Tonka, kemenyan dan kunyit membaluti komposisi, memberikan kemewahan dedaun. Botol biru Mediterranean dengan penutup emas dan material emas Medusa di tengah- tengah botol menampakkan keajaiban pada rekaan dan warna Dylan Blue ini.

3 HUGO ICED, EDT 200ML. RM423

Pewangi menyegarkan buat generasi milenia sepanjang hari. Satu campuran bau yang menghasilkan aroma berais membangkitkan keberanian kepada pemakainya. Pati pudina memberikan sensasi dingin, manakala wild tea bermain dengan jukstaposisi yang berbagai melalui oren. Untuk mengekalkan maskulin pula, wild

vertiver membawa nota bawah yang kekal dan kekar bagi jejaka gagah yang memakainya.

4 MICHAEL KORS EXTREME NIGHT FOR MEN, EDT 120ML. RM345

Kunci utama pewangi ini adalah buat jejaka moden. Bagi yang gemar ‘meneroka’ kawasan bandar- bandar pada waktu malam kerana terdapat tenaga berbeza pada sisi gelap malam. Keseronokan di sebalik cahaya neon dibuka dalam pewangi yang dicampur lada hitam, buah pala, cypress segar dan clary yang sememangnya aroma buat jantan yang berani.

5 PENHALIGON ENDYMION CONCENTRÉ, EDC 100ML. RM567

Dalam mitologi Yunani purba, EndymIon merupakan anak Zeus paling kacak yang telah diletakkan dalam lena buat selamalamanya. Daripada situ Penhaligon menawarkan inspirasi wangian lelaki daripada gabungan rempah, kulit dan bungabungaan. Seakan satu nota daripada cendekiawan, ia ghairah mempertaruhkan penghidu bau.

6 CRABTREE & EVELYN EAU DE LA SOURCE, EDT 30ML. RM111

Pewangi Eau de Toilette, Eau de La Source mengandungi ekstrak marin halus dan ekstrak rumpai laut hijau yang kaya dengan ciri- ciri antioksidan, untuk merangsangkan deria anda. Alami aroma spa seperti bayu laut segar, aroma laut dan sitrus dapat melegakan jiwa dan menyegarkan minda. Aroma pokok Amber memberikan rasa seperti kehangatan matahari yang terbenam, manakala aroma daun oren dan daun selasih seperti membawa fikiran anda ke sebuah pantai terpencil yang tenang.

2

1

3

4

6

5

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.