10 BULAN 4 HARI

Saat yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Tetapi penulis tak keruan pabila doctor tampak serius dan tidak membalas senyumannya.

GLAM Lelaki (Malaysia) - - NEWS -

Aku keluar dari bilik lalu terus dapatkan nurse yang bertugas. Sebaik aku beritahu keputusan kami, semua jururawat yang ada bergegas memulakan tugas masing-masing. Melihat ketangkasan dan kepantasan mereka, aku jadi lebih yakin.

“Here comes a new adventure,” bisik aku pada diri dan masuk semula ke bilik diikuti seorang nurse.

“Kami akan bawa isteri encik ke bilik pembedahan. Sebelah bilik tu, ada bilik persediaan, encik boleh tukar baju di situ. Kemudian, tunggu hingga kami panggil masuk bilik pembedahan.”

Aku cuma mampu mengangguk, sebab masa ni, aku dah gemuruh habis tapi nak ‘cover’ depan isteri. Aku teman dia sampai depan bilik pembedahan, selepas dia masuk, aku masuk ke bilik sebelah seperti yang diarahkan oleh nurse tadi.

Sudah tersedia pakaian khas untuk masuk ke bilik pembedahan. Aku capai dan terus tukar dalam bilik yang disediakan. Di dinding tertampal poster “No Camera Allowed in the Operation Room”.

Selesai bersiap, aku tunggu di luar bilik pembedahan. Masuk seorang wanita ke dalam bilik persalinan tadi. Aku kira dia seorang doktor sebab dia tak pakai seragam jururawat dan riak muka nampak dia macam orang penting-penting di sini. Seketika kemudian dia keluar semula dengan pakaian pembedahan dan terus masuk ke bilik pembedahan.

Kemudian baru Gynae kami sampai dan masuk ke bilik persalinan. Bila dia keluar, aku senyum dekat dia. Dia keras serius je. Dia pergi isi semacam satu log

book di kaunter dan kemudian berlalu ke bilik pembedahan. Doktor ni, buat serius pula, serius sangat ke keadaan isteri aku sekarang ni?

Persoalan itu menjadikan aku lebih resah dan gemuruh. Sudahlah bilik sejuk macam dalam peti ais, lagi tidak keruan aku jadinya. Mundar-mandir aku dalam bilik itu nak meredakan resah hati dan menghilangkan kesejukan.

Lebih kurang 10 minit menunggu (yang rasanya macam satu jam), aku dipanggil masuk ke bilik pembedahan. Masuk saja bilik tu, kelihatan isteri aku di atas katil di tengah-tengah bilik. Biliknya luas tapi tidaklah serabut dengan mesin macam yang aku selalu tengok dalam drama- drama hospital di TV. Hanya ada Gynae dan dua pembantu serta doktor yang seorang tadi. Selepas semua ini selesai, baru aku tahu yang doktor seorang lagi itu adalah pakar bius.

Aku duduk di kerusi yang disediakan. Betul-betul di bahagian sebelah kiri kepala isteri aku. Pakar bius tu, berhadapan dengan aku. Berdepan dengan isteri aku, diletakkan kain tabir, jadi isteri aku tak nampak apa yang sedang berlaku. Dia pun tak dapat merasa apa-apa sebab telah dibius.

Aku nampak setiap pergerakan dan alatan yang digunakan doktor. Tapi dari kedudukan aku itu, aku tak nampaklah apa yang doktor potong dan belah. Teringin jugak nak jenguk tapi takut pula mengganggu Gynae punya kerja.

Pembedahan berlangsung dengan tenang. Gynae kerjanya tangkas, arahan-arahannya pada pembantunya lembut dan tenang tapi ada aura ketegasan. Pakar bius di depan aku, sekali-sekala memberikan kata-kata semangat pada isteri aku. Aku tengok isteri aku mengalirkan air mata. Aku genggam lagi tangan dia sambil usapusap kepala dia. Aku cium sikit dahi dia, bagi dia tahu aku sayang dia.

Kita orang lelaki memang tak akan faham orang perempuan ni sampai bila-bila. Kita tak perlu pun faham mereka tapi kita perlu sayang mereka. Masa ni aku tak boleh nak bayangkan apa yang bermain dalam kepala isteri aku dan apa perasaan dia. Tak tercapai akal lelaki akan pengorbanan seorang wanita bergelar isteri.

“Papa dah ready? Mana kamera?” soalan doktor buat aku tersedar dari lamunan dan aku pandang dia dengan muka ‘blur’. Gynae senyum pandang dekat aku.

“Ingatkan tak boleh bawa masuk kamera,” jawab aku perlahan. Makin lebar pula senyum Gynae tu dekat aku. This is when aku rasa I hate myself and I hate that stupid no camera allowed poster!

Gynae teruskan tugasnya. Nampak macam mudah saja cara dia melakukan semuanya. Tenang dan bersahaja. Pengalamannya bertahun menjadi seorang Gynae memang terserlah.

Seketika kemudian, dia keluarkan anak aku dari perut isteri aku. Bulat dan besar! Terus dia bawa ke depan tabir dan tayang anak itu pada isteri aku.

“Hai, Mama!” serentak dengan itu terdengar tangisan anak kecil kami yang nyaring memenuhi segenap ruang bilik pembedahan yang sebentar tadi sangat hening.

Aku genggam lagi tangan dia sambil usapusap kepala dia. Aku cium sikit dahi dia, bagi dia tahu aku sayang dia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.