REDZA ROSLI

Tidak terjangka, rencana hidupnya kini telah tertulis yang dia berkarier sebagai pelakon. Memapas angin dan menongkah arus untuk menjadi pelakon tanah air, tak semuanya bermula indah. Dikritik hebat, dimarahi sehingga ada yang menolak namanya mentah-menta

GLAM Lelaki (Malaysia) - - NEWS - Penata Gaya & Teks : Ardi Idewani Zaini Penyelaras : Sufian Sapari Dibantu Oleh : Abdul Aziz Draim Arahan Seni : Zulkifli Sulaiman Dan Ainuddin Fikry Grooming Dan Rambut : Khir Khalid Gambar : Vincent Paul Yong (Verve Studio) Pakaian : Semua Daripada Coac

"DALAM BEG SEKOLAH SUDAH SAYA PADATKAN SEKALI BAJU- BAJU UNTUK SHOOTING. AYAH HANTAR KE SEKOLAH PAGI- PAGI, PETANG PERGI BERLAKON. HAHA!”

Seraut wajah Redza Rosli tenang semasa kami makan tengah hari bersama, biarpun dia penat dan kurang sihat. Seminggu-minggu sebelum itu tak berhenti dia bekerja. Semasa penggambaran tempoh hari pun dia tidak berapa sihat. “Tak puas berehat, kut,” kata saya kepada Redza. Balas Redza, “Itulah. Rehat tak cukup. Makan minum pun tak tentu. Terlampau sibuk, kan. Nasiblah sekarang ada masa sikit untuk merehatkan diri. Walaupun sekejap.” Katanya Alhamdulillah, ribut-ribut pun rezeki yang datang bertalu-talu. Selagi masih belum binasa kudratnya, selagi itulah dia bekerja. Berasal dari Subang, Redza atau nama sebenarnya Ahmad Redza bin Rosli, tidak menyangka karier seni lakon yang dipilihnya seserius itu. Daripada bagaimana dia merangkak dari bawah, dengan peran sebagai ekstra yang lalu-lalang dalam babak itu sehinggalah berjaya duduk sebagai peran utama di hadapan kamera. “Payah juga saya nak mencipta nama dalam industri ini. Tak begitu mudah. Syukur sebab saya komited, saya tak mengalah dengan cepat. Penat lelah itu saya telan saja,” jelas Redza.

“Dan kamu bermula berlakon seawal usia 16 tahun, kan?” soal saya kepada Redza. Dia membalas dengan senyuman, “Ya. Mungkin itu yang orang lain tidak tahu fasal penglibatan awal saya dalam industri seni tanah air. Mereka barangkali tahu atau kenal Redza Rosli baru-baru ini, tetapi hakikatnya sejak daripada usia 16 tahun lagi saya mula berlakon.”

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu. Sementelahan Redza beruntung kerana sering digandingkan bersama nama-nama besar seperti Nabila Huda, Beto Kusyairy dan Remy Ishak, yang banyak membantu, memberinya tunjuk ajar dan nasihat. Tanpa ada rasa prejudis dan bersifat egois, Redza tahu sebagai junior, dia kutip segala apa yang diajari nama-nama besar ini. “Semua itu tidak terbendung di kepala atau dalam hati. Sebaliknya saya tebarkan sebagai ilmu,” kata Redza. Malah, hendak dijadikan cerita lagi, pada hari sebelum kami berjumpa hari itu pun, Redza sibuk dengan Drama Festival KL. Dia dijemput sebagai mentor dan sparring untuk pelapis-pelapis baru. Bermakna, Redza adalah seorang pelakon yang bagus sehingga diberikan kepercayaan itu. Iyalah, kerana ilmu yang diperolehinya tidak disia- siakan. “You must be a very a good

actor, then. Kalau dah dijemput menjadi mentor,” kata saya kepada Redza. “Haha! Taklah. Rezeki. Alhamdulillah, orang meletakkan kepercayaan pada diri saya. Itulah yang cuba saya maksudkan. Jika kita tidak ego, be nice to people, you’ll learn

a lot. Be humble. Eventually, apa yang kamu dapat adalah ilmu dan ilmu itu mampu membentuk sesuatu yang bagus dalam diri kamu,” balas Redza.

Bila ditanya tentang pelapis-pelapis baru sepanjang di Drama Festival KL, “Ada yang berpotensi?” Redza menjawab, “Semua orang boleh berlakon. Semua orang bagus. Tetapi tak semua yang dapat menggenggam label ‘ pelakon’ itu. Ia terpulang kepada rezeki masing-masing.” Redza tahu, kerana itulah yang pernah dilaluinya dahulu. Pada masa dia aktif berlakon, dia bergerak bersama rakan-rakan sebayanya yang lain. “Akan ada yang rezekinya murah dan dari awal lagi dia sudah menjadi pelakon, ada yang akan bermula lambat atau late bloomer, pasti ada yang popularitinya mendahului bakatnya dan tentu ada yang bakatnya teramat bagus, macam-macam watak dia boleh pegang, tetapi namanya kurang dikenali. That’s just how this

industry works,” sambung Redza. Jadi, sepanjang acara Drama Festival KL, Redza seperti sudah boleh menilai siapa pelapis-pelapis baru yang punyai potensi. “Pernah kamu rasa takut jika nama-nama baru ini lahir?” soal saya lagi. “Takut itu memang takut. Kerana perihal itu menentukan sama ada kamu ‘ in or out’. Akan tetapi, tak usahlah terlalu membebankan diri fasal itu. Sebaikbaiknya, beri persaingan yang sihat. In shaa Allah, it’ll improve our industry. Mana tahu, kamu masih ada lagi ‘staying power’ dalam industri ini,” jawabnya.

DIBALING SKRIP, NAMANYA DITOLAK

“Seriously, saya tak sangka saya akan menjadi pelakon,” kata Redza. Sambil- sambil itu Redza berkongsi cerita tentang penglibatan awalnya ketika berusia 16 tahun. Redza geli hati, kerana terkenang balik bagaimana tegarnya usaha dia untuk menjadi pelakon. Kendatipun sebagai ekstra atau dalam bahasa kasarnya, orang- orang lalu-lalang di belakang dalam babak drama siri atau telefilem itu. Namun kerana kekentalan yang membara dalam diri Redza, ia memupuk minat yang menjadi-jadi dalam dirinya. Ekstra pun ekstralah. Redza tidak kisah kerana dia tahu lebih baik bermula dari bawah dan belajar satu persatu.

Asalnya, Redza adalah orang yang pendiam atau introvert. Dia lebih suka buat hal sendiri. “Masa itu, saya memang pendiam. Tak banyak sangat bercampur dengan orang lain. Sementalahan saya pula jenis yang kalau saya nak itu, saya nak itu. Dalam erti kata lain, saya ada prinsip diri,” jelas Redza. Akan tetapi, sifatnya itu tidak memakan diri Redza. Dalam mengukir perjalanan untuk menjadi pelakon, ada sebahagian hal atau perangai itu perlu dia kikis. Secara amnya, menjadi pelakon memerlukan keberanian dalam berekspresi dan Redza tahu dia tidak boleh lagi dibelenggu oleh sifat introvert itu. “Saya masih lagi Redza yang dulu. Tak banyak sangat bercakap, kadangkadang itu adalah malu-malu sikit. Tetapi saya cuba

"(INDUSTRI LAKONAN)... BUKANLAH SEINDAH SEPERTI YANG DIKHABARKAN. YANG PENTING, JIWA MEMANG HARUS KENTAL."

untuk ubah sikit- sikit,” katanya.

“Jadi masa berusia 16 tahun, kamu masih bersekolah dan berlakon dalam masa yang sama?” “Ya. Saya tetap bersekolah juga. Tetapi bila petang, tamat saja sesi persekolahan, saya akan naik bas pergi ke lokasi untuk berlakon. Dalam beg sekolah sudah saya padatkan sekali baju-baju untuk shooting. Ayah hantar ke sekolah pagi-pagi, petang pergi berlakon. Haha!” jawab Redza bersahaja. Dan betapa Redza tidak mahu berganjak daripada kegigihannya untuk menjadi pelakon, dia habiskan juga penggambaran sehingga jam dua ke tiga pagi, sepanjang produksi dijalankan. Iyalah, setiap kali penggambaran pasti habis lewat. Balik pada jam dua ke tiga pagi, mana ada bas atau pengangkutan awam. Hendak naik teksi pun dia belum mampu. Sanggup Redza membetis dari lokasi penggambaran pulang ke rumahnya di Subang dan keesokannya bersekolah seperti biasa. “Memang gila kerja saya! Tetapi apakan daya, kerana mahu sangat menjadi pelakon, saya gasak juga,” ujar Redza.

Bila sudah menempuh usia dewasa, rakan-rakan sebaya Redza yang pernah berlakon bersamanya semakin tidak aktif. Namun Redza tidak berniat untuk berhenti, waima masa itu namanya masih belum naik lagi. “Agak payah juga ketika mula-mula benar-benar aktif. Rejection, tidak dikenali sangat, orang tak berapa yakin bila dengar nama saya… semua itu saya lalui. Persepsi orang terhadap saya pada masa itu juga semacam,” kata Redza. Malah dia pernah dibaling skrip dan dimarahi teruk di lokasi, tetapi Redza tidak cangkang. Dipanggil tak reti berlakon pun pernah. Namun, dia tabah juga. Redza akui yang realiti industri ini ada individu-individu yang kurang memahami dan boleh bertindak ‘kejam’. “Itulah realitinya. Bukannya seindah seperti yang dikhabarkan atau digambarkan. Tidak sama sekali. Yang penting, jiwa memang harus kental. Kalau tak kuat, memang senang untuk mengalah,” pesan Redza.

Lama-kelamaan, Redza semakin hebat berlakon. Dia terus didekati oleh seseorang dalam produksi yang mencadangkan kepadanya untuk keluar dan memperbanyakkan lagi portfolionya sebagai pelakon. “Orang itu pesan agar saya tidak stuck di situ saja,” jelas Redza. Terus dia melunaskan hasrat tersebut dan dia dicungkil oleh pengarah Nizam Zakaria.

Kemudiannya, diambil berlakon untuk drama Kabir Bhatia, Zul Huzaimy dan Michael Ang. Semakin hari, semakin berkembang karier Redza. “Saya sangat- sangat bersyukur dapat bekerja dengan mereka semua. Kerana merekalah, saya dimurahkan rezeki. Terutama sekali Michael Ang yang mengetengahkan nama Redza Rosli. Itulah yang saya maksudkan. Be nice to people. Be good. Give a good impression, it

gets you where you want to be,” jelas Redza. “Apakah yang sukar tentang menjadi pelakon? Jika dibandingkan dengan dahulu?” Sambil tersenyum, Redza menjawab, “Impression. Dahulu, saya hanya dalam alam saya saja. Tak peduli sangat pun fasal hal-hal sekeliling. Bila sudah bergelar pelakon, saya jadi lebih ‘menjaga’ hal-hal sekeliling. Sebab orang dah mula kenal, kan. Tatatertib itu perlu dijaga. But I’m used to

it.” Tetapi mengenali Redza yang sebenar, dia sendiri mengaku yang sifatnya yang lone ranger itu sedikit sebanyak membantunya menangani perihal ini. “Bukan mahu menyombong. Jangan salah faham. Tetapi menjadi lone ranger itu membuatkan saya lebih fokus pada diri. Privasi juga tidak terganggu. Kita semua manusia biasa, bukan? Ada ketikanya penting untuk kita tahu had kita di mana dan perlukan ruang juga waktu sendiri,” balasnya. Dan menjadi lone ranger terkesan di tempat kerjanya juga. “Di lokasi, saya tak pernah heret pembantu peribadi atau pengurus saya. Saya datang bersendirian, habiskan masa di lokasi pun seorang diri. Ia mengajar saya untuk lebih berdisiplin dan tidak menyusahkan orang,” sambung Redza lagi. Sehinggakan pengurusnya sering menghantar mesej kepada Redza tiap kali dia bekerja, untuk memastikan dia dalam keadaan baik.

Alhamdulillah, Redza berjaya memangsikan namanya di persada seni tanah air. Sehingga dia sudah ada kelab peminat di Singapura dan Brunei! “Terkejut juga. Kerana tak sangka saya ada peminat asal Singapura dan Brunei. Ingat lagi ketika saya buat live video Instagram, ada peminat dari Brunei yang komen ‘ Datanglah Brunei’. It was so surreal! I’m so thankful for that,” katanya. Drama- drama siri dan telefilem yang dibintanginya juga bukan calang- calang. Daripada komedi sehinggalah drama- drama berat yang kebanyakannya bagus-bagus sekali. Kagum melihat perkembangan Redza yang semakin baik mutu lakonannya. Sambil kami berbual, Redza tunjukkan klip video (dalam telefonnya) lakonannya bersama Nabila Huda, babak daripada telefilem Batu Nisan Ibu. Babak drama gaduh dia bersama Nabila… sungguh dahsyat lakonan masing-masing. Meremang menontonnya.

TIDAK MENDAHAGAKAN ANUGERAH, CUKUP SEKADAR DIINGATI

“Siapa pelakon senior yang pernah memberikan nasihat berguna kepada kamu?” Jawab Redza, “Remy Ishak. Dia pernah berpesan agar jangan selalu buat silap. Kalau ada silap pun, belajar dari kesilapan itu. Dia juga menasihati saya untuk sentiasa menghormati orang, jangan sekali-kali menghakimi orang semberono.” Benar, memang itulah termateri pada peribadi dan pesona Redza. Sepanjang mengenalinya, nampak Redza ini selalu

merendah diri dan menghormati orang lain. Sentiasa senyum bila berjumpa orang dan tidak pernah dia meninggi diri. “Fasal itulah kami menyunting kamu sebagai wajah hadapan bulan ini. Bukan itu saja, kerana memang kamu pelakon yang bagus. Inilah masanya untuk orang lebih kenal siapa Redza Rosli,” kata saya kepadanya. “Terima kasih,” jawab Redza berbalas senyuman.

“Kamu mementingkan skrip sesuatu drama siri atau telefilem itu?” soal saya. “Sudah tentu. Bagi saya skrip itu penting. Daripada situlah saya boleh tahu sama ada drama siri atau telefilem itu bagus atau tidak. Character development dan emosi itu sangat mustahak,” balas Redza. Seperkara tentang Redza lagi, dia memanfaatkan apa yang pernah diajar oleh Nabila Huda kepadanya. Di mana pabila Redza mendapat sesuatu skrip itu, dia akan bersungguh- sungguh belajar, menulis nota-nota kecil di atas skrip itu untuk dia mendalami dan memahami jiwa peran yang diberikan kepadanya. “Cara itu sangat berkesan. Terima kasih kepada Nabila Huda kerana mengajar saya. Untuk menjadi pelakon yang bagus dan berkualiti, itu adalah cara yang terbaik. Bukan sekadar baca skrip mentah-mentah.”

Sebelum- sebelum ini, Redza pasti akan dilabel dengan watak antagonis atau bad boy kerana watak yang diberikan kepadanya yang terkesan adalah watak lelaki jahat. Baik watak jahat atau watak jahat yang berubah jadi baik. Antagonis itu bagai sudah disapu pada nama Redza. “Saya gentar juga. Sebab saya tidak mahu A, dikaitkan dengan watak antagonis sahaja dan B, orang akan menganggap saya pelakon satu dimensi. Setelah saya berfikir… ini rezeki. Mengapa saya harus merungut atau ‘ komplen’? Saya sepatutnya bersyukur. Akhirnya, saya berjaya tepis persepsi tersebut. Lebihlebih lagi bila saya sudah berlakon dalam drama- drama atau siri- siri komedi. Jadi orang sudah tidak menilai saya satu dimensi yang asyik berlakon jadi antagonis saja. Haha!” seloroh si Redza. Bercakap tentang komedi, Redza sedikit memilih dalam soal komedi. Dia tidak mahu terlibat dalam komedi yang berupa slapstik. Kerana baginya, walau komedi sekalipun, biarlah berkualiti juga. “Contohnya, komedi atau genre romantik arahan Michael Ang. Apa yang dihasilkan oleh Michael Ang pasti berkualiti,” kata Redza. Tetapi Redza juga tidak mahu terlalu ego sehingga menjadikan dia selektif. “At the end of

the day, ada masanya kena tunduk juga. Kerana jika itu yang diminta orang sekarang… bagaimana? Cuma perlu bijak dalam memilih saja,” sambung Redza.

“Drama siri atau telefilem yang manakah yang cukup memorable buat kamu?” tanya saya. Menarik nafas panjang, sambil dia berfikir, Redza menjawab, “Seindah Takdir Cinta. Drama siri untuk TV3 yang saya bintangi bersama Amyra Rosli dan Saharul Ridzwan. Dalam drama tersebut, saya sekali lagi memegang watak jahat (sebagai Adrian). Tetapi watak Adrian itu berubah daripada jahat kepada baik sehinggalah dia mati. Jadi agak mendalam jugalah character development itu. Jalan ceritanya menarik, digandingkan pula dengan Amyra dan Saharul yang memberikan seratus peratus, team produksi yang sangat bagus dalam menjalankan tugas. Tambahan lagi, pengarahnya Zul Huzaimy yang tegas, mementingkan kualiti dan

precise. Saya rasa cukup bertuah.” Kini, Redza sedang dalam proses menghabiskan penggambaran drama siri Ku Kirim Cinta, lakonannya bersama Ayda Jebat, yang bakal muncul bulan Ramadhan kelak. Terbang ke Gold Coast, Australia, kemudiannya pulang kembali ke Malaysia, untuk drama siri Ku Kirim Cinta membuatkan Redza agak sibuk sejak awal tahun ini lagi. Sekali lagi, Redza bilang, “Rezeki, Alhamdulillah.” Katanya barangkali jika tiada aral melintang, ada lagi projek terbarunya cuma masih berteka-teki lagi. “Itu belum pasti lagi. Jika jadi, saya akan khabarkan. Dan selepas itu, In shaa Allah, saya mahu mengambil masa untuk berehat seketika,” katanya, sebelum menerima tawaran baru.

“Adakah kamu mengimpikan untuk mengaut anugerah satu hari nanti? Mungkin anugerah pelakon terbaik?” soal saya. Dengan tenangnya Redza menjawab, “Saya tidak ‘gilakan’ anugerah. Jika ada, baguslah. Saya bersyukur. Jika tidak ada pun, tak mengapa. Saya lebih mementingkan hasil kerja saya.” Redza menolak ke tepi terlebih dahulu soal anugerah. Bagi Redza, cukup sekadar dia dihargai dan disedari kerana bakat lakonannya. Redza lebih rela orang mengingati dia kerana mutu dan kualiti yang dipersembahkan olehnya. Langsung, satu hari nanti giliran dia pula menjadi rujukan pelapis-pelapis baru yang mengidolakan dia. “I’d rather people see and recognise me because of my work and my acting. Saya percaya, lebih baik saya educate dan berkongsi ilmu kepada orang lain. Saya mahu menyumbang kepada industri seni tanah air dan satu hari kelak, sumbangan itu sedikit sebanyak memperbaiki kekurangan. Saya mengimpikan juga nama Redza Rosli bukan saja setara Remy Ishak atau Beto Kusyairy, manalah tahu dalam masa akan datang, segah Tan Sri P. Ramlee? Angan-angan itu haraplah menjadi. Doakan yang baik-baik saja untuk diri saya, ya,” akhiri Redza. “SAYA TIDAK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.