TIP ERATKAN HUBUNGAN KELUARGA

GLAM Lelaki (Malaysia) - - IKONIK -

TETAPI TIP YANG KAMI PAPARKAN INI MASIH RELEVAN DALAM HAL MENGERATKAN HUBUNGAN KELUARGA. TERKADANG CARA TRADISIONAL MERUPAKAN PEMANGKIN HUBUNGAN SESAMA BAPA DAN ANAK.

MAKAN MALAM BERSAMA

Pabila ke kedai makan, seringkali kita melihat fenomena di mana orang lebih mengutamakan telefon pintar mereka daripada berbual di meja makan. Pendek kata hanya jasad sahaja yang ada di situ tetapi minda lalai ke tempat lain. Ambil peluang kala berkumpul makan malam bersama dengan bertanya khabar dan ‘update’ cerita terbaru mereka.

BARBEQUE (BBQ)

Aktiviti seperti barbeque semakin sepi menjadi aktiviti keluarga. Kembalikan semula aktiviti barbeque dan lebih seronok jika lebih ramai yang menyertainya. Pelbagai aktiviti lain juga boleh diselitkan seperti permainan kad, ‘board games’ dan lain-lain.

BUAT PERANCANGAN BERSAMA

Tiap kali ingin melakukan aktiviti seperti melancong atau sekadar keluar hujung minggu, apa kata anda cuba bincang dengan anak ataupun ahli keluarga. Mungkin ia kedengaran remeh kerana harus berbincang dahulu mengenai perancangan anda, namun begitu pabila berbuat demikian, ia menunjukkan bahawa ahli keluarga anda penting.

SERTAI PROGRAM BERMANFAAT

Perasan tak saban minggu ada sahaja program sukarelawan ataupun maraton, apa kata anda cuba sertainya bersama dengan keluarga?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.