HARIS ZAINUDDIN

Fenomena tercetus dek penangan watak Sanjeet Singh menerusi filem Ola Bola yang ternyata memperkenalkan lagi nama Haris Zainuddin. Bakal muncul dalam beberapa drama baru tak lama lagi, Haris Zainuddin melihat dunia lakonan sebagai profesion yang ingin ser

GLAM Lelaki (Malaysia) - - 101 - Teks, Penyelaras & Arahan Seni: Johan Kassim Grooming: Fendi Sani Gambar: Raisa Azzam

Apakah idea kebahagiaan sempurna? Setiap individu punya perspektif berbeza tentang kebahagiaan. Pada saya, idea kebahagian menggarap seni kata lagu nyanyian Asher Roth yakni “Happiness isn’t about getting what you want all the time. It’s about loving what you have.”

Perkara paling ditakuti? Takut terjatuh daripada sesuatu tempat. Sebab itulah, saya tak berani menaiki ‘roller coaster’ atau melakukan ‘bungee jump’. Saya juga takut dengan ular!

Individu paling dikagumi? Bapa saya. Kala membesar, bapa merupakan individu yang saya sentiasa kagumi dan memasang impian untuk menjadi sepertinya. Sopan, penyayang, berpengetahuan dan berjaya, itulah ciriciri bapa saya.

What is your favourite journey? Perjalanan kerjaya saya sebagai pelakon. Pengalaman, ilmu dan individu yang saya kenali sepanjang perjalanan tersebut amatlah berharga.

On what occasion do you lie? Pabila orang bertanya kepada saya adakah saya penat? Saya akan membalas tidak. Tetapi sebenarnya saya memang benar-benar penat.

Perkataan atau frasa paling kerap disebutkan? “Kau chillax je.”

Apakah bakat sering anda impikan? Saya seorang yang gemar mencuba pelbagai bakat atau kemahiran. Tetapi

yang paling membanggakan, saya berupaya bermain hampir kesemua jenis sukan. I enjoy playing sports so much.

What is your current state of mind? Buat masa ini, saya sedang sibuk menjalani penggambaran drama untuk Astro Ria bertajuk Megat Extend. Oleh itu, saya perlu bersedia dan fokus kerana saya perlu bekerja setiap hari.

Jika ada satu perkara tentang diri anda yang boleh diubah, apakah perkara itu? Badan saya. I appreciate a Chris Evans body on myself. Haha.

Pencapaian terbaik? Sukar untuk menentukan ini. Ia sama ada penglibatan saya dalam acara Sukan Malaysia (SUKMA) pada 2013, di mana saya mewakili negeri kelahiran saya, Sarawak untuk acara sofbal atau berlakon dalam salah sebuah filem produksi Malaysia yang bermutu iaitu Ola Bola yakni memegang watak Sanjeet Singh.

What is your most treasured possession? Sniker saya, terutamanya Yeezy 350 Turtle Dove. Agak pelik sebenarnya, tetapi I have a thing for sneakers so I collect them.

What do you regard as the lowest depth of misery? Secara peribadi, perasaan tak diingini atau tak diterima oleh keluarga atau kawan-kawan rapat.

Sifat paling menyerlah pada karakter anda? Berfikiran waras, sopan, merendah diri dan berkepimpinan. Ini apa yang dinyatakan oleh orang lain tentang saya.

Cabaran terbesar? Menjalani kehidupan sebagai pelajar. Saya menuntut pengajian Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, di mana ia dikenali antara jurusan pengajian paling sukar. Oleh itu, ia benar-benar mencabar saya.

Perkara terbaik pernah dikatakan tentang saya adalah… Bukan nak bangga diri, tetapi terdapat banyak orang mengatakan saya sebenarnya sangat peramah dan sopan, biarpun saya nampak sombong pada perjumpaan pertama.

Women should always… Menjadi yakin dengan diri sendiri.

Definisi lelaki alfa? Alpha Male to me isn’t about being the boss, it’s about being the leader.

Perkara pelik tentang diri anda? Lelaki yang berwajah Eropah tetapi boleh bertutur Bahasa Melayu dengan fasih. Pelik bukan?

The biggest misconception about me? Orang banyak menganggap saya sombong berdasarkan rupa. Tetapi sebenarnya, saya sangat peramah.

Tip grooming? Kebersihan diri sangat penting. Selain itu, tampillah yakin dengan diri sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.