NOSTALGIA DI KALA TUA?

GLAM Lelaki (Malaysia) - - PANDANGAN TERBUKA - Oleh: Abdul Aziz Draim

Sejak dua menjak ini, dunia terasa kian nostalgik. Seolah- olah pabila teknologi semakin maju ke hadapan, naluri kita pula berpaling ke belakang. Malah, jika direnungkan, nostalgia merupakan pengaruh utama pergerakan budaya pop masa kini.

Yang kita tahu, nostalgia memang sudah terlalu lazim dalam dunia fesyen, dengan koleksi-koleksi pakaian yang cenderung untuk mencedok siluet dan ekspresi yang dipelopori dekad- dekad lampau. That’s no surprise. Namun kini, moreso than

ever, pengaruh nostalgia semakin kuat dirasai dalam pengamatan dunia hiburan.

Tahun ini, siri TV CHipS (1977) dan Baywatch (1989) bakal menemui peminat dalam versi filem, mengikuti jejak filem 21 Jump Street yang meminjam premis siri TV asal yang mula ditayangkan pada 1987 dulu. Dalam TV pula, siri Twin Peaks (1990) dan Will & Grace (1998) juga sudah diperbaharui, sungguhpun siaran asal mereka masingmasing ditamatkan pada tahun 1992 dan 2006. Selain streaming episodepisod lama, perkembangan sebegini memberi kita peluang untuk melewati semula siri- siri yang dulu mewarnai masa lapang zaman kanak-kanak dan remaja kita.

Namun nostalgia bukan saja hadir sekadar pembaharuan sitcom atau drama favourite kita. Nostalgia turut menjelma dalam bentuk penceritaan gaya hidup berilhamkan dekad- dekad lampau. Misalnya, zaman ’80- an dihidupkan semula dalam siri TV yang semakin hangat, Stranger Things dan juga The Americans. Filem La La Land pula mengambil inspirasi daripada zaman kegemilangan Hollywood era ’30- an, lalu mengusik jiwa penonton yang rindukan gaya filem- filem klasik.

Dalam arena muzik pula, sejak tiga tahun lalu, irama R& B dan pop era ’ 90-an semakin ligat mendapat putaran, baik di radio mahupun di kelab-kelab paling ‘happening’, baik di LA ataupun KL. Artis- artis yang sudah lama menyepi seperti Fergie, Gorillaz, Michelle Branch, Shania Twain dan System Of A Down (album terakhir mereka 12 tahun lalu!) pula dilaporkan bakal membuat

comeback dengan keluaran album baru tahun ini. Suddenly, 2016 feels like the ‘90s again!

Perlu disedari nostalgia ini bukannya satu produk studio filem atau muzik semata; medium seni menjual nostalgia kerana kita sebagai satu masyarakat memang nostalgik. Lihat saja ekspresi media sosial yang sarat dengan sentimen KLMJ (Kenangan Lalu Mengusik Jiwa). “Raya sekarang tak macam Raya dulu.” “Budakbudak sekolah sekarang tak macam zaman kita dulu.” “Orang Malaysia sekarang lebih teruk berbanding dulu.” Mengapa kita semakin cenderung mengenangkan memori lama? Sudah tua sangat ke kita sekarang?

Perkataan ‘nostalgia’ lahir daripada gabungan kata akar Yunani untuk ‘kembali pulang’ dan ‘kepedihan’, seolah- olah memberi gambaran bahawa mengimbas kembali memori zaman-zaman muda hadir dengan sedikit rasa kecewa dengan zaman ini. Dan antara sebab kenapa kita semakin nostalgik ialah inovasi teknologi.

Sebelum kemunculan kamera digital, Astro dan media sosial, nostalgia hanya datang bertandang pabila kita bertemu rakan-rakan lama atau sanak- saudara jauh, kala membelek album di rumah atau menonton ulang tayang filem kegemaran di stesen TV lokal. Nostalgia bukanlah satu perasaan yang kita alami setiap hari.

Akan tetapi, dalam era digital ini, nostalgia is everywhere! Buktinya? Instagram dan aplikasi foto menawarkan filter untuk menjadikan imej anda tampak retro dan vintaj. Hashtag Throwback Thursday (# TBT) mendorong kita untuk ber-KLMJ. Facebook pula akan mengingatkan anda pada sejarah FB anda melalui feature On This Day. Laman web seperti Buzzfeed sering mengeluarkan rencana berbentuk Then & Now atau paparan idola-idola zaman remaja kita yang kini dewasa. Dalam erti kata lain, setiap hari kita terdorong untuk bernostalgia! But what’s the problem? Salah ke nak ‘ feeling’

pasal masa lampau? Itu bergantung pada individu. Dalam sesetengah situasi, ramai suka complain tentang keadaan masa sekarang berbanding masa dulu, sehingga hanya mampu memandang negatif terhadap isu yang diutarakan, misalnya sistem pendidikan, perubatan, peradaban, politik atau iklim ekonomi hari ini. Fokus hanya pada yang negatif sampai terlepas pandang pada yang positif. We have become a generation that loves to complain.

Ada juga yang terlalu rindukan zaman dulu hinggakan gagal untuk adapt mengikut perubahan masa dan budaya. Hanya mahu mengguna cara lama – baik dalam bekerja atau bersosial – walaupun cara baru mungkin lebih efektif. Degil.

Yang harus kita sedar, dunia akan sentiasa berubah. Itu realiti. Keadaan mungkin tidak seindah dulu. Oleh itu, mengapa tidak gunakan nostalgia zaman yang indah itu sebagai pendorong untuk perbaiki keadaan sekarang? Jangan merenung dan merungut sahaja. Do something untuk menjadikan zaman ini gemilang dan masyhur seperti kehidupan kita yang dulu. Kita harus berada dalam keadaan di mana kita bukan saja tersenyum diusik nostalgia lama, tapi juga teruja untuk menghadapi hari-hari yang bakal menjelma. Respect the past, live in the moment, embrace the future. Sia- sialah hidup jika kita asyik terpandang ke belakang. Kerana jalan di hadapan itu terbentang luas dan indah untuk kita terokai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.