Giliran Luke Bracey COVER STORY

Sejurus pengumuman perlantikan aktor Australia, Luke Bracey sebagai duta kempen pewangi Polo Red Extreme, GLAM Lelaki diberi peluang eksklusif menemu bualnya secara peribadi. Luke Bracey sememangnya sangat teruja dipilih menghiasi kempen baru Polo tersebu

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

Ciri lasak dan lelaki aktif mendasari konsep kempen iklan pewangi Polo Red Extreme yang terbaru. Pelancaran haruman tersebut menampilkan bintang filem asal Australia, Luke Bracey yang berperanan sebagai penghias kempen. Duta terdahulu, Nacho Figueras yang setelah sekian lama mewakili haruman Polo telah digantikan dengan pelakon berbakat ini yang secara tak langsung mengubah dimensi dan hala tuju kempen haruman Polo Red Extreme. Menurut Ralph Lauren, haruman Polo Red Extreme menggarap ilham kelajuan, cetusan adrenalin dan sisi lasak sukan permotoran yang langsung memacu penciptaan kuasa dan reka bentuk haruman terbaru ini.

Ralph Lauren Fragrances melancarkan

Polo Red Extreme yang melambangkan kuasa lelaki, bau lelaki sebenar yang direka khusus buat pemakai berani ke hadapan dan tak gentar pada cabaran. Malah, cabaranlah yang sentiasa didambakan oleh mereka. Campuran baru yang terkandung menghasilkan aroma membangkitkan keberanian kepada pemakainya. Komposisi Polo Red Extreme mengandungi hasil campuran bahan terbaik dan bermutu seperti halia merah, red

pineapple accord, esen kofi hitam, red sage dan ambery woods accord memberi satu ungkapan maskulin sejati dan sensasi bau yang serba unik.

Haruman ini dikarya sepenuhnya oleh Olivier Gillotin yang menggunakan teknik luar biasa bagi mencipta produk grooming terbaru wajib milik ini. Bertujuan meraikan pelancaran Polo Red Extreme, kempen iklan dan video arahan Bruce Weber turut dilancarkan. Luke Bracey menonjolkan identiti Polo Red Extreme di dalam setiap kempen. Luke dirakam memakai jaket kulit hitam berjalur merah pada bahu dan lengan sambil beraksi lasak dengan motor berkuasa tinggi di samping model Kenneth Guidroz. Masing-masing menunjukkan lagak hebat menunggang motor berkuasa tinggi. Petikan lagu kugiran Franz Ferdinand bertajuk Take Me Out dimainkan sepanjang iklan berlangsung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.