Tarikan Tarik Jeans

Seluar jean signature Tarik Jeans menerima ‘upgrade’ untuk tampil dalam versi yang lebih premium, lebih swagger

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

Setelah pelancaran Jaket Trucker Type II edisi terhad awal tahun ini, label lokal Tarik Jeans mengembalikan fokus mereka pada produk signature jenama, yakni seluar jean potongan slim dan

skinny. Kali ini, kedua- dua potongan ini diberi nafas baru, yakni satu

upgrade yang menjanjikan seluar jean premium untuk peminat tegar denim.

Masih mengekalkan nama produk yang sudah sebati dengan para pengikut Tarik, Premium Slim Ramlee dan Skinny Din ditampilkan dengan ciri- ciri baru yang menjanjikan sepasang seluar jean yang berkualiti tinggi, punyai

fit sempurna, tahan lama dan juga dihasilkan daripada sumber-sumber yang bertanggungjawab.

Antara ciri- ciri itu? Konstruksi daripada denim mentah 13.5oz dengan dua peratus keanjalan dalam regangan, dengan jahitan kelim dalam yang kemas dilengkapi aksen selvedge pada jahitan kelim luar. Waistband pula direka lebih pendek manakala zip lebih panjang, ilham rekaan jean vintaj. Keistimewaan paling ketara terletak di bahagian belakang seluar, pada panel kulit dimuatkan gelung tali pinggang, yang dihiasi salah satu mascot Tarik Jeans yang membuat

comeback, yakni the elusive Tapir. Seperti yang digambarkan dalam kempen visual hasil lensa jurufoto Bibo Aswan, seluar premium Tarik Jeans ini penuh attitude dan swagger. Hasil daripada penyelidikan berbulan lamanya, serta lakaran berterusan di atas papan lukisan, yang pasti, Tarik Jeans terkenal dengan variasi denim yang direka oleh mereka yang menghargai pemakaian dan pertukangan jean menawan yang tidak pernah lapuk dek zaman dan wajar berdiri setanding jenama-jenama antarabangsa.

Seluar jean Premium Slim Ramlee dan Skinny Din dijual dengan harga RM279 dan boleh didapati di www.tarik.my, serta di peruncit- peruncit Tarik yang lain. Untuk maklumat Tarik di @tarikjeans.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.