Norman Hakim

Tiada yang lebih layak untuk mengungguli The Body Issue selain aktor tampan lagi sasa Malaya, Norman Hakim. The cover speaks for itself! Imej tubuh ideal bersama nama aktor ini ibarat dakwat dengan kertas. Ketekunan menyelenggara senaman dan amalan pemaka

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - Teks, Penyelaras, Penata Gaya : Zuhairie Sahrom Dibantu Oleh Ardeshir Hamedani Arahan Seni : Abdul Aziz Draim Dibantu Oleh Ainuddin Fikry Gambar : Edmund Lee Grooming, Efek Mekap & Rambut : Fendi Sani Norman Hakim menyarungkan himpunan musim Bunga/Panas ‘

0tot- otot yang pejal lagi sasa menjadi idaman lelaki masa kini. Saban tahun, rantaian gimnasium terus bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan sejak enam tahun yang lalu. Bahkan, ada juga yang sudah gulung tikar dek yuran keahlian yang perlu dibayar secara bulanan terlalu mahal. Memandangkan trend kehidupan masa kini makin sibuk dan cepat, gim adalah kemudahan bagi mereka yang punya kekangan masa ekoran kesibukan kerja lantas masih mahu mencapai matlamat kecergasan. Kini gim bukan hanya menjadi medan untuk bersenam malah menjadi laman bersosial secara sihat untuk kaum Adam. Semua maklum, kehidupan yang sihat memerlukan komitmen jangka panjang, bukan bersandar semata sebagai trend atau bersemangat alaala kadar saja. Lantaran itu sehingga kini, aktor Norman Hakim menjadikan senaman dan amalan pemakanan yang betul sebagai teras kehidupan bagi mencapai gaya hidup yang lebih berkualiti.

Meneliti kronologi kerjayanya dalam persada hiburan tanah air cukup panjang. Auranya terbias muda dan produktif walau sudah berusia 41 tahun. Hadir ke set penggambaran tepat pada masanya. Norman ditemani isteri, Memey Suhaiza bersama anak sulung hasil perkahwinannya dengan Memey, Muhammad Darwishz Hakim yang cukup mendengar kata. Arca garapan Auguste Rodin menjadi inspirasi konsep di samping Norman menyarungkan helaianhelaian terbaru jenama terkemuka Itali, Versace. Usai penggambaran, mereka pulang. Terus lewat malam hari aku atur pertemuan dengan Norman di Mont Kiara untuk sesi bual bicara. Usul aku membuka bicara adalah “kongsi sedikit perihal diri”. Norman menjawab, “Sebelum menceburi bidang peragaan dan hiburan, dahulunya saya aktif dengan sukan bola sepak bersama pasukan Pahang dan dilatih sebagai atlet junior Malaysia dalam olahraga 400 meter lari berpagar di bawah kelolaan jurulatih, arwah Ishtiaq Mubarak. Biarpun masih di bangku sekolah rendah saya sudah punya matlamat dan mula berfikir akan ruang masa depan. Aktif dalam sukan bola sepak sejak darjah empat, saya sudah bermain di bawah umur 14 tahun kerana punya susuk fizikal dan postur yang besar. Sudah itu, masuk darjah enam saya mewakili pasukan Pahang bawah 16 tahun untuk Piala Presiden. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan berhenti bola sepak seketika kerana mahu fokus sepenuhnya kepada pelajaran. Waktu di MCKK, mereka agak kecewa kerana saya memilih untuk keluar dari asrama bola sepak,” tutur Norman relaks membuka bicaranya.

“Saya percaya kehidupan perlu ada keseimbangan, tidak kira antara pendidikan atau kokurikulum. Namun, di MCKK juga saya gilakan sukan. That’s my true passion! Melihat akan potensi saya, pihak sekolah membenarkan untuk saya menceburi apa jua bidang sukan yang ada. Sebagai seorang pemain bola sepak, saya berkebolehan untuk menjaringkan gol dari pintu gol ke pintu gol yang bertentangan. Tanyalah rakan sekelas saya,” terang Norman sambil ketawa kecil menceritakan kehebatannya dalam sukan bola sepak padang. “Tamat SPM, mereka memanggil saya kembali dan pada masa yang sama menjalani latihan olahraga 400 meter lari berpagar. Jika kenal, Azmi Ibrahim yakni pelari pecut kebangsaan adalah antara teman rapat saya kala itu.”

“Kemunculan semula dalam arena olahraga dan bola sepak, membuatkan saya fikir apakah fokus dan tujuan utama saya. Sedang berlatih, saya disapa untuk menyertai pencarian hero remaja, lalu menjadi juara bagi sesi 1993/ 94. Maka, itulah titik permulaan tatkala melangkah ke bidang peragaan dan seterusnya lakonan. Hakikatnya waktu itu saya sudah mula menerapkan idea untuk memanfaatkan kuasa penjenamaan peribadi langsung menggabungkan antara dunia sukan bersama persada hiburan bagi mendedahkan diri dalam lapangan perniagaan secara perlahan,” sambung Norman.

THE EARLY YEARS

Jika mahu disenaraikan aktor kegilaan Malaya, nama Norman Hakim pastinya terpahat sama. Juga dikaitkan dalam lapangan kecergasan bersama beberapa nama artis dan selebriti lelaki lain yang sibuk membina badan. Barangkali, seingat aku hanya dia seorang yang menitik beratkan imej tubuh seorang aktor sejak lewat tahun ’ 90- an lagi, sebelum industri kecergasan menjadi sangat kompetitif hari ini. “Mula sebagai peragawan, I did various

runways and TV commercials. Lalu, mengembangkan kebolehan dalam bidang hiburan dengan menerima tawaran lakonan setelah dua tahun berdiri dalam bidang peragawan. Namun, sekadar memegang watak sampingan. Tahun 1998, saya berpeluang untuk bertemu Datuk Yusof Haslam lantas diberi tawaran lakonan filem pertama yakni Pasrah di samping Erra Fazira. Masa itu juga, there were ups and downs. Kita berdepan dengan kegawatan ekonomi dan saya mula teragak- agak untuk meneruskan kerjaya sebagai anak seni, tambahan pula dilanda badai kontroversi percintaan dan sebagainya. Setiap kehidupan itu pasti ada pasang surutnya. Saya cekal dan ambil setiap insiden secara positif lantas mendewasakan diri kerana belajar menerusi pengalaman adalah buku rujukan yang terbaik.”

“YOU ATTRACT THE ENERGY THAT YOU GIVE OFF. SPREAD GOODVIBES AND THINK POSITIVELY IN EVERY

Kerjaya Norman sebagai anak seni mula berkembang sepanjang era 2000-an. Seiring rakan seperjuangannya daripada kumpulan Impression, yakni

boyband yang dianggotai Norman pada tahun 1999 bersama Datuk Eizlan Yusof dan Datuk Wan Mohammad Sani Salleh, ‘batchmate’ Norman dalam industri lakonan juga termasuk pelakon Hairie Othman.

Jatuh bangun pengalamannya dalam industri hiburan ini, Norman bersyukur adanya dorongan daripada mereka yang tersayang. “Famili senantiasa di sisi untuk menyokong dan terus membimbing bagi menelusuri perjalanan seni. You attract the energythatyougiveoff.Spread good vibes and think positively in every way. I know it’s hard but

that’s life. Paling penting adalah untuk menjaga kesejahteraan hati dari terus bergelumang dalam kegelapan kerana lama nanti ia membinasakan pemikiran langsung kemurungan.”

PERSONAL BRANDING

“My mom has always been my support system. She taught me to never give up and to keep pursuing

my passions no matter what. Saya adalah anak bongsu daripada empat beradik tetapi kakak yang sulung sudah pergi menghadap Ilahi. Keluarga berasal dari Johor, namun membesar sepenuhnya di Kuantan. Ibu terlibat dalam laman politik, ayah pula merupakan eksekutif jualan Penerbitan Longman di wilayah pantai timur.

Ayah orang yang tegas, dia adalah individu yang perlu ada strategi dan penyampaian. Everything

has to be in black and white. Ibu pula orang yang bertentangan dan senantiasa berdiri di belakang.

She’s my best friend. Campuran fisiologi, psikologi dan sosiologi inilah yang membentuk karakter saya langsung mendisiplinkan diri sehingga ke hari ini. Dalam kehidupan ini, semua orang ada rasa jatuh dan bangun. Justeru, ada pula yang terpilih untuk diuji. Kalau tidak belajar, tidak diuji dan diduga untuk jatuh. Nescaya, diri tidak boleh jadi dewasa.”

“Teringat kembali saat pengorbanan ibu yang menghantar saya ke sekolah lakonan di bawah kelolaan Aziz M. Osman. Waktu itu saya kenal Aziz, tapi tidak mengenalinya secara dekat. Ibu membelanjakan wang sendiri untuk membiayai yuran sebanyak RM1,400 untuk kursus dua hari bersama Aziz. This was back in

the late ‘90s. Kala itu saya masih belum berjinak dalam dunia lakonan, akan tetapi ibu sudah melihat struktur yang terbina sejak memasuki bidang peragawan. Hanya satu nasihatnya, jangan buat separuh jalan, biar dalam bidang sukan mahupun hiburan.”

“Maka, berbalik pada penjenamaan peribadi, saya pegang akan idea itu memandangkan ayah dalam bidang perniagaan. He told me ages ago about personal branding. Saat itu saya masih mentah dan tidak faham akan idea dan konsepnya. Dia mengajar saya untuk punya strategi dan disesuaikan mengikut keadaan semasa. Sampai satu peringkat saya sudah punya perencanaan untuk jangka masa pendek serta panjang. Senang kata sudah ada blueprint. Hanya tunggu untuk dilaksanakan saja,” terang pengasas gim dan pusat kecergasan, Mr. Sado juga pengasas butik pakaian muslimah, Meylana, hasil kolaborasi bersama isteri tercinta.

NORMAN’S BLUEPRINT

Selain sibuk dengan peniagaan sendiri, Norman juga masih aktif berlakon lantas menjadi hos rancangan kecergasan yang lebih ke arah rancangan realiti. “Berbalik tahun 1998, saya sudah memikirkan perencanaan untuk lima tahun yang mendatang.

Where do I see myself in the next five years? Fasa seterusnya pula, dari tahun 2006 sehingga 2010. Dan apa pula yang bakal dirintangi dari tahun 2011 sehingga 2016, semuanya sudah termaktub dalam perancangan saya. Saya percaya kita memandang ke depan. Bagaimana hendak membahagikan fasa-fasa itu terpulang pada individu itu sendiri. Perancangan saya hari ini sehingga tahun 2020 sudah dipersiapkan lima tahun yang lalu. Ini ternyata bukanlah fasa terakhir. Namun, tumpuan kini beralih untuk keluarga dan perniagaan. Dua komponen ini amat berharga. There’s no more me, there’s us.”

“Namun, harus diingat, tidak semua yang dirancang itu terlaksana on the dot. Kala kita merancang, hadirnya halangan. Maka, kita buat perancangan mengikut kesesuaian masa serta jangan pernah takut untuk belajar daripada kesilapan,” kata Norman bersungguh. Sambungnya lagi, “Anakanak saya sedang membesar. Sehingga ke hari ini mereka meletakkan saya sebagai wira mereka. Bukan atas paksaan. Saya tidak punya pilihan untuk memberikan contoh yang baik sebagai ketua keluarga, juga sebagai selebriti yang memberikan impak positif buat masyarakat. Kita kejar akhirat, kita kejar dunia juga. Islam adalah fleksibel dan bukan bersifat ortodoks. Islam mengajar kita untuk bersaing dalam bidang ekonomi dan dengan adanya penguasaan ekonomi, kita tidak memandang ke arah akhirat semata. Keseimbangan perlu diterapkan dalam apa jua cabang kehidupan. Apabila saya meletakkan kecergasan sebagai gaya hidup, ia membimbing untuk mendisiplinkan diri ke arah kehidupan yang berkualiti, juga konsisten. Banyak metafora dalam kecergasan boleh dipakai guna dalam kehidupan seharian. Misalnya, kala kita melakukan senaman

squat dengan pemberat untuk membina otot kaki. Kita punya motivasi yang tinggi untuk meneruskannya kerana semua tahu bina otot kaki itu cukup renyah,” terang Norman.

Dia bijak dan tahu apa yang dia mahukan dalam kehidupannya. Seminggu sebelum hari penggambaran, saya terima pesanan ringkas daripadanya. Aktor ini berasa sangsi untuk menuruti penggambaran kerana khuatir akan kadar peratusan lemak yang terkandung di dalam badannya. Hadir kurang daripada 10 peratus body fat, aku berjaya meyakinkan dirinya

“SAYA MELETAKKAN KECERGASAN SEBAGAI GAYA HIDUP, IA MEMBIMBING UNTUK MENDISIPLINKAN DIRI KE ARAH KEHIDUPAN YANG BERKUALITI, JUGA KONSISTEN.”

yang jelas mementingkan kesempurnaan. “Seperti yang diceritakan bidang sukan sudah sebati dengan diri ini. Justeru, bersenam tidaklah sukar. Sejak pertengahan Mei 2009 saya mula meneruskan konsistensi sehingga ke hari ini. Tahun ini merupakan tahun keempat saya menjadi duta produk kesihatan tambahan Ephyra bersama isteri. Tidak terhenti di situ kami juga merupakan duta untuk perunding perkahwinan, Mahligai Impian buat tahun pertama. Selain itu, Mr. Sado dan Meylana adalah jenama yang diasaskan sepenuhnya oleh kami. Keduanya diasaskan serentak. Saya pilih bidang kecergasan kerana ingin menyumbang kepada masyakat akan kesedaran gaya hidup sihat. Juga kerana saya punya kepakaran serta fahaman yang baik dalam bidang ini. Menjaga kesihatan itu adalah vital untuk bekalan di usia emas.

It’slikefixeddeposit. Kita akan hargai usaha ini bila usia beralih ganti. Industri kecergasan itu sendiri sedang berkembang pesat. Ia adalah perkara yang baik, cumanya bagaimana kita mahu mendidik akan kecergasan sebagai gaya hidup yang konsisten.” “Mengapa Memey memilih bidang fesyen dan

fabrication dengan Meylana, adalah kerana dia punya minat dan kami berdua inginkan perniagaan yang menjurus ke arah minat masing-masing. Bukan sekadar melihat orang, kita mengambil peluang mengikuti trend semasa. Saya percaya kita perlu bertanya pada diri dan bersungguh kerana it’s serious business. Love what you do and do what you love, the crucial aspect is to maintain it.”

RUTIN FIZIKAL PERIBADI

Berbicara mengenai susuk tubuh ideal, aku soal Norman kalau rasa tertekan untuk punya tubuh yang sempurna? “Tidak sama sekali, seperti yang dikatakan awal tadi, that’s my passion. Bila anda melakukan sesuatu yang anda suka, anda nikmati perinci perjalanannya. Sejujurnya, itu adalah motivasi saya. Misalnya, jika hari ini saya makan berlebihan lalu sudah mengira pengambilan kalori. Itu adalah objektif atau tujuan utama untuk membakarnya kembali. Tidak susah. Persepsi saya memandang orang sebegini adalah mereka dapat menyesuaikan disiplin untuk gaya hidup sihat. Ya, bergiat dalam bidang sukan sejak kecil sedikit sebanyak membantu. Namun, konsistensi adalah segala- galanya. Biarpun punya fundamental sejak kecil, jika tidak dipraktikkan tidak ada gunanya. Angan-angan terus menjadi angan-angan. This is something that I don’t feel pressured about, up to this day, after so many years. My passion is still standing as hard as concrete.” Pintas aku yang seterusnya, “Bahagian tubuh paling disukai?” Norman berkata, “I value all. Pada saat memulakan senaman, semua perlu seimbang. Tiada yang dianak tirikan. It’s your body from head to toe, why do you need to choose? Body

proportions atau struktur anatomi otot harus selari,” tutur Norman yang mengagumi pelakon merangkap atlet papan anjal Olimpik, Jason Statham.

Sudah lima jam kami berbual, malam hampir larut. Malam juga sudah mula gerimis. Sebelum pulang aku sempat bertanyakan rutin senaman harian. “Membina

otot tubuh bahagian bawah termasuk bahagian bawah perut, punggung, paha dan kaki. I

love doing squats kerana saya tidak mahu membina otot pada bahagian atas, sebaliknya hanya maintain. Gluteus is a man’s asset and rectus abdominis is

crucial. Tidak boleh dipelihara hanya dengan senaman. Amalan pemakanan yang betul juga perlu konsisten. Kadar metabolisme juga menurun setelah usia beralih ke angka 30-an.”

“Maka, rutin harian dimulakan dengan kardio. I’m

a mor ning p erson. Bangun daripada tidur pukul lima, selepas solat saya mulakan senaman kardio. Minimum dalam 20 minit dan maksimum 40 minit. Harus diingatkan, 10 hingga 15 minit pertama anda hanya membakar kadar gula dan garam dalam badan. Bila sudah 20 minit baru akan membakar kadar lemak dalam badan. Saya lebih suka berada dalam gim kerana dapat menguruskan masa dengan kelengkapan yang ada. Ironinya saya jarang bersenam di gim sendiri kerana bersenam di merata-rata gim, memberikan suasana yang pelbagai dan tidak membosankan. Setelah fokus dengan kardio barulah beralih kepada senaman untuk perut dan bahagian bawah perut. Kita harus bijak menguruskan masa. We have 24 hours so I divide it

into three portions which are 8, 16, 24 hours. Minimum 4 hours and maximum 8 hours of sleep

is enough. Justeru, rutin harian dapat diluangkan sama rata antara famili, kerjaya dan masa peribadi termasuk berehat.”

Saranan kepada individu untuk mula fokus dalam soal penjagaan badan dan kesihatan? Norman menjawab, “Bila ada matlamat, kita ada azam. Kalau kita buat apa saja tanpa matlamat, kita tidak punya jalan penyelesaian. Mungkin ada sesetengah individu melihatnya hanya pada dasar permukaan. Namun, bila dilihat menerusi kaca cermin dan ada perubahan itu adalah kepuasan. Daya keyakinan juga meninggi. You need to start a new beginning. Kadangkala saya terdiam melihat nota yang ditulis bertahun lalu, 10% kadar lemak dalam badan adalah objektif nan satu. Ittookmea year and a half to achieve that! Bagaimana saya melakukannya? Saya tidak mengambil makanan berkarbohidrat atau kurangkan gula hampir satu tahun setengah. Namun, jika saya perkatakan matlamat sebegitu hari ini, saya boleh mencapainya paling kurang dalam masa dua minggu. Mengapa? Kerana saya sudah faham akan sistem tubuh dan amalan pemakanan yang betul. Ia tidak susah!” ucap Norman menutup biacara.

“GLUTEUSISA CRUCIAL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.