The Perfect Fit

Tak kira trend yang mempengaruhi dunia fesyen lelaki dari musim ke musim, a well-tailored suit never goes out of style. Penuhi tuntutan kod pakaian majlis anda dengan dua servis sut yang kini disediakan di ibu kota

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

TUKSEDO KONTEMPORARI

Antara persalinan lelaki yang paling klasik malah jua ikonik, sepasang tuksedo lengkap menggambarkan suatu kematangan pada si pemakai, dan sudah tentunya juga mencerminkan satu citarasa cukup sofistikated. It’s a grown-up uniform. Dari majlis kerabat dan parti sosialit hingga ke acara karpet merah ataupun majlis prom, tuksedo masih popular sebagai pilihan utama si lelaki. Biarpun penterjemahannya kian diperbaharui mengikut citarasa zaman yang kian beredar, gaya asas tuksedo itu kekal relevan sebagai titik rujuk stail formal seorang jejaka.

Namun, mencari tuksedo yang sempurna bukanlah mudah. Mujurlah, sebagai antisipasi kepada koleksi musim luruh sejuk 2017 yang menjelang tiba, Givenchy mengeluarkan satu koleksi kapsul tuksedo mewah yang kini boleh didapati di butik label itu di serata dunia.

Ini juga merupakan koleksi kapsul pertama untuk Clare Waight Keller, yang mengambil- alih daripada Riccardo Tisci, yakni mantan pengarah artistik rumah fesyen Peranchis ini. Jujur pada identiti label, rekaan setiap tuksedo dalam kapsul ini menerapkan sentuhan unik Givenchy yang berjiwakan glamor kontemporari disimbahi elemen rock and roll.

Potongan dan siluet begitu tajam dan halus, dipersembahkan dalam seleksi fabrik berkualiti tinggi yang di antaranya dilengkapi

embellishments, baik sebagai accent pada kolar ataupun sepenuhnya melitupi sut, kemeja dan seluar, bagaikan kerdipan bintang pada latar sartorial hitam. A tuxedo maybe a classic choice, tapi setiap persalinan dalam kapsul ini pasti membuat anda

stand out daripada barisan tetamu lain di majlis black-tie itu nanti.

SOLUSI SARTORIAL

Bercakap tentang sut berkualiti tinggi, jenama lokal Atelier Fitton kini punyai studio baru! Sebagaimana kualiti sut yang dizahirkan oleh perekanya, atelier milik Joshua Fitton ini telah direka dengan penuh teliti untuk bukan sahaja mewakili jiwa masculine

elegance jenama tetapi juga untuk mencerminkan aspek warisan, perincian dan kemahiran kerja tangan yang dicurahkan ke dalam setiap satu sut Atelier Fitton. Hasilnya? Fabrik tartan dari Scotland dipilih untuk dijadikan langsir yang menghiasi ruang dalaman studio. Dinding pula dicatkan dalam rona English racing

green, sebagai tribute kepada tempat lahir pereka. Malah, aura studio ini persis an English gentlemen’s club.

Turut menghiasi ruang ialah aneka jenis rekaan kolar baju kemeja yang dipamerkan pada satu dinding fokus untuk memudahkan klien membuat keputusan fasal baju tempahannya. Sampel rekaan cuffs juga dipamerkan berserta ajnas pilihan aksesori seorang gentleman seperti pocket square dan tali leher. But this is Atelier Fitton we’re talking about, jadi semestinya sut bespoke adalah produk signature atelier ini. Berinspirasikan latar belakangnya sebagai seorang arkitek dan estetika gaya peribadinya sendiri, Joshua menawarkan khidmat pembikinan sut dan kemeja berdasarkan tradisi British tailoring. Proses konsultasinya merangkumi nasihat fasal potongan dan stail yang bersesuaian dengan kehendak peribadi anda, juga merangkumi pemilihan fabrik berkualiti dari Itali, Sepanyol, India, Belanda dan, of course, England.

Samada anda mencari sesuatu yang kasual atau formal, dengan pengetahuan mendalam berkenaan tuntutan bespoke menswear, Atelier Fitton sedia memberi solusi sartorial anda.

Atelier Fitton bertempat di Zhongshan Art Centre, 82A Jalan Rotan Kampung Attap 50460 Kuala Lumpur. Hubungi 011-1233 8773/ 010-226 6960 atau info@ atelierfitton.com untuk info lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.