KEPAKARAN BERBALAS KEANGGUNAN

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - Teks, Penyelaras, Arahan Seni & Penata Gaya : Zuhairie Sahrom Gambar : Jason Lee

Membias karakter maskulin, Breitling menjulang jam berfungsi kronograf yang direka khusus untuk bidang navigasi penerbangan juga bersimbol status sosial dan kemewahan.

Membias karakter maskulin, Breitling adalah jenama jam tangan buatan Swiss yang berpangkalan di Grenchen, Switzerland. Diasaskan oleh tukang arloji terbilang, Léon Breitling pada 1884. Identitinya menjulang jam berfungsi kronograf yang direka khusus untuk bidang navigasi penerbangan juga bersimbol status sosial dan kemewahan. Semua juruterbang mengidamkannya kerana setiap garapan berpegang teguh pada piawaian tertinggi lapangan arloji

#77 Julai 2017

Colt membias energi dan jiwa mudanya yang dinamik. Model yang didedikasikan khas buat penggemar aktiviti sukan lasak lagi ekstrem ini dipertontonkan ultra-ringan bersama case yang kukuh hasil penciptaan material tersendiri, Breitlight®. Nama kod: Skyracer, ibarat pesawat terbang Breitlight penuh ekspresi juga rona di Kejohanan Dunia Perlumbaan Udara Red Bull. Jam disempurnakan oleh tali jam getah eksklusif yang boleh ditanggalkan, berfungsi sebagai tali pengukur buat adventurers of all kinds! Colt Skyracer, RM8,950

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.