Let’s Talk Our Bodies

Isu diversity untuk lelaki jarang sekali diutarakan... But wehavetokeepthe discussiongoing.

GLAM Lelaki (Malaysia) - - KATA EDITOR -

Bulan ini, buat pertama kali dalam kerjayanya, aktor Norman Hakim diberi penghormatan menghiasi muka depan GL. Sebagai personaliti yang cukup serius dalam bab fitness, Norman tahu akan komitmen yang perlu diberi dalam mengekalkan tubuh yang sihat dan bertenaga (ms. 66).

Bercakap pasal tubuh lelaki... pabila fesyen berbicara mengenai isu kepelbagaian ataupun diversity, baik dari segi bentuk badan, warna kulit, atau paras rupa yang biasa diwakili dalam dunia fesyen, diskusi ini lazimnya melibatkan industri wanita. Isu diversity untuk lelaki jarang sekali diutarakan.

Jadi, apabila agensi IMG Models melancarkan Brawn, divisyen khusus untuk model lelaki plus size pada March tahun lalu, berita itu mendapat sokongan padu semua pihak. Sebagai model pertama Brawn, IMG merekrut Zach Miko, model berketinggian 6’ 6” dengan pinggang 42”. Pastinya, kehadiran Zach disambut dengan tangan terbuka dan usaha IMGharus dipuji. Mungkinkah ini petanda positif bahawa fesyen lelaki semakin terbuka terhadap representasi bentuk badan yang lebih realistik?

Itu tahun lalu. Tahun ini, hmmm… Setakat ini, Brawn masih punyai hanya satu model bernaung di bawahnya. Dan setakat ini, tiada agensi lain yang menuruti inisiatif IMG untuk membuka divisyen model lelaki plus

size mereka sendiri. Nampak gayanya, progress is slow…

But we have to keep the discussion

going. Zach terbukti cukup sukses dan sudah pun menerima jobs daripada Dockers, Levi’s, Old Navy dan Kiehl’s dan kian dijemput oleh rancangan TV dan majalah untuk berbicara fasal body image. Sedikit demi sedikit, penerimaan terhadap tubuh badan di luar standard tradisi fesyen semakin dirasai.

Antaranya, awal tahun ini, butik atas talian ASOS mengeluarkan rangkaian pakaian khas untuk belia lelaki plus size. Model amputee seperti Jack Eyers dijemput merentasi runway minggu fesyen New York manakala Alex Minsky telah dipilih sebagai wajah beberapa kempen, biarpun kaki kanan mereka berdua kudung. Kita dapati juga model lelaki yang sudah veteran masih laku di pentas runway dan dada iklan, bersaing dengan model yang lebih muda dan bertubuh lebih tegap (ms. 90).

So perubahan itu ada, penerimaan itu pun ada. Slowly, and hopefully surely.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.