MASIH LELAKI NORMAL

GLAM Lelaki (Malaysia) - - REAKASI -

Tika melihat tajuk kecil ‘Identiti Gender’ di cover GL, aku terpanggil untuk membacanya. Sedikit sebanyak ia dekat dengan jiwa aku, kerana selama ini manusia sekeliling lebih banyak menghakimi tanpa mengetahui apa yang golongan seperti aku rasa. Aku masih seorang lelaki yang normal seperti lelaki lain walaupun aku mempunyai sedikit jiwa seorang wanita. Aku tidak pernah meminta untuk menjadi seorang lelaki seperti ini, tetapi aku bersyukur kerana Allah memberikan aku kelebihan itu. Ia membuat aku lebih dekat dan memahami jiwa seorang wanita. Terima kasih GL, aku berharap dengan sedikit perkongsian dan ilmu yang dicatatkan akan membuka minda manusia yang sebelumnya menghakimi bertukar pula kepada lebih memahami. MUHAMMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.