DEBUT NADI IN-HOUSE

Himpunan terkemuka Heritage Black Bay mengalu-alukan kronograf pertama hasil ciptaan sepenuhnya rumah arloji ini. Tudor memperkenalkan Heritage Black Bay Chrono

GLAM Lelaki (Malaysia) - - GL DETIK -

Semenjak pembentangan perdananya pada tahun 1970 menerusi Chronograph Oysterdate Prince, yakni jam tangan berfitur kronograf pertama dari rumah arloji Tudor. Bertitik-tolak daripada itu, jenama ini sering kali memperlihatkan barisan jam tangan yang berdamping erat dengan sukan permotoran. Tambahan lagi, dengan cara yang sama Tudor terus memperkasakan seleksi jam tangan penyelam profesionalnya sejak tahun 1954. Karya terbaru hibrid Heritage Black Bay Chrono hadir agresif hasil paduan warisan akuatik famili Black Bay berserta ratu litarnya, siri kronograf. Kekal setia dengan estetika seni Black Bay, jarum jam bermotifkan snowflake adalah signaturnya sejak tahun 1969. Legasi model Black Bay Chrono menawarkan pembacaan yang optimum lagi kontras dengan reka bentuk dail berkubah rona hitam legap. Sub-kaunter pada laman dail dipertontonkan renggang berserta tetingkap tarikh dicitrakan pada atas penunjuk masa jam 6. Karakter unggulnya dipelihara dalam case material keluli tahan karat yang berdiameter 41mm lalu dilengkapi dengan pushers yang diinspirasikan oleh generasi pertama kronograf Tudor. Bezel diperkemas dengan kemasan satin gilap yang mempertontonkan sama ukiran skala

tachymetric memberikan nafas sporty.

Berbicara mengenai pergerakan automatik dikuasakan oleh kaliber ciptaan pertama Tudor, kaliber MT5813 Chronograph adalah nadi terbaru buat siri ini. Punya rizab kuasa 70 jam, kaliber ini adalah dikuasakan dengan prestasi tertinggi langsung menepati piawaian dari Swiss Official Chronometer Testing Institute. Diperoleh daripada pembikin kaliber kronograf terkemuka Breitling 01, kaliber eksklusif yang dibangunkan oleh Tudor ini adalah hasil kolaborasi keduadua jenama ini. Terus, menggabungkan kepakaran mereka dalam reka bentuk dan penciptaan pergerakan mekanikal terbaru. Disempurnakan dalam dua variasi untuk tali jamnya iaitu tali jam bergelang dan kulit. Juga didatangi dengan tali jam fabrik hasil anyaman tangan artisan Tudor secara percuma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.