SERVIS PERLINDUNGAN KECEMASAN

GLAM Lelaki (Malaysia) - - WANITA IDAMAN -

pilihan GLAM LELAKI

BMW Group Malaysia memperkenalkan program Bantuan Tepi Jalan dan talian Hotline Kemalangan terbaharunya dengan menawarkan sokongan pakar serta profesional untuk menangani situasi cemas kala dilanda kecelakaan jalan raya atau kerosakan. Program terbaru ini beroperasi 24 jam sehari, 365 hari setahun kepada semua pelanggan BMW, MINI dan BMW Motorrad. Menawarkan bantuan panggilan telefon dan sokongan bersepadu sepanjang hayat dengan lima tahun percuma bagi kenderaan BMW serta MINI yang didaftar mulai 1 Januari 2017. Manakala pemilik BMW Motorrad pula menerima perlindungan selama dua tahun. Bagi kenderaan yang didaftarkan di antara 1 Julai 2015 hingga 31 Disember 2016, Program Bantuan Tepi Jalan (RSA) sedia ada masih sah untuk 24 bulan bermula tarikh pendaftarannya. Sebelum inisiatif baru ini, program Bantuan Tepi Jalan BMW yang ditawarkan kepada para pemilik BMW dan MINI hanya selama dua tahun. Penaikan taraf perlindungan ini merangkumi servis yang lebih efisien termasuk, bantuan menerusi telefon dan secara serta-merta, hotline kemalangan, servis menunda dan penghantaran pulang. Tidak lupa juga perkhidmatan Mobiliti Lancar, termasuklah menyediakan kenderaan ganti untuk sepanjang tempoh pembaikan juga penginapan jika diminta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.