VERSATIL LAGI LASAK

GLAM Lelaki (Malaysia) - - PANDU UJI -

Diperkemas bagi kesesuaian lokasi baik dalam atau di luar rumah, speaker mudah alih JBL Xtreme Edisi Istimewa ini adalah splashproof. Maka boleh dibawa bersama kala bersantai di tepi kolam mandi mahupun bermalas-malas di persisiran pantai. Memperdengarkan kualiti audio hebat berserta ciri- ciri yang komprehensif, speaker dilengkapi empat transduser yang aktif bersama dua radiator bass. Dikuasakan dengan bateri Li-ion 10,000mAh, JBL Xtreme boleh berfungsi selama 15 jam tanpa henti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.