BIG BANG DI BASELWORLD 2017

GLAM Lelaki (Malaysia) - - GL DETIK -

SPIRIT OF BIG BANG SAPPHIRE

Giliran model Spirit of Big Bang dengan case 45mm bentuk barrel pula dijelmakan dalam gaya lutsinar. Minimalis dan ultraringan, kalis air hingga 50m, model ini terhad kepada 250 utas.

BIG BANG UNICO SAPPHIRE RED & BLUE

Berbekalkan pemahaman tersendiri perihal kejuruteraan dan ilmu kimia, Hublot berjaya menghasilkan produksi nilam transparen berwarna seragam dalam kuantiti besar, satu proses yang mustahil untuk dicapai, apatah lagi disempurnakan, sebelum ini. Anticalar, berketahanan tinggi dan ringan, material canggih ini membuahkan pembikinan versi baru Big Bang Unico Sapphire yang kini ditampilkan dalam nilam warna merah dan – pertama kali dalam sejarah horologi – nilam warna biru. Dikuasai kaliber HUB1242 dengan rizab kuasa 72 jam, case 45mm dan kalis air hingga 50m, setiap versi model ini terhad kepada 250 utas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.