bintang baru: COLT SKYRACER

GLAM Lelaki (Malaysia) - - GL DETIK -

Antara model entry-level baru Breitling, Colt Skyracer menterjemahkan latar belakang militarinya dalam rekaan yang moden, autentik dan berjiwa muda. Ultra-ringan namun tahan lasak, hasil penggunaan case Breitlight ® 45mm, Colt Skyracer memberi ketepatan berteraskan pergerakan istimewa thermo-compensated SuperQuartz™ yang 10 kali lebih tepat daripada kuarza standard. Ciri eksklusif jam serba hitam ini terletak pada tali getah serba hitam yang menonjolkan penanda skala 1:25,000 dan 1:50,000 pada strap di bahagian angka 12, dan sukatan cm dan inci di bahagian angka 6. Strap ini mudah ditanggal dan dipasang semula untuk digunakan sebagai instrumen ukuran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.