Tradisi Berinovasi

GL berkesempatan untuk berbual sejenak bersama Naib Presiden Breitling, JeanPaul Girardin di Baselworld 2017 untuk lebih mendalami rumah arloji tersohor ini

GLAM Lelaki (Malaysia) - - GL DETIK -

Tahun ini Baselworld sudah beroperasi selama 100 tahun. Apakah signifikasi event sebegini kepada Breitling? Baselworld is not just an event - it is THE event untuk kami. Di arena inilah tempat kami fokuskan segala sumber tenaga kami untuk membentangkan model-model baru. Ia pertemuan antara kami dengan rakan media, konsumer, pengedar, untuk berkongsi strategi kami juga berita dunia horologi. Lagi penting, kami boleh mendapat maklum balas secara terus daripada semua pihak berkaitan produk kami. Jadi, untuk Breitling, segalanya memang fokus kepada Baselworld. Secara jujur, adakah anda terasa tertekan untuk sentiasa berinovasi setiap tahun menjelang Baselworld? Sudah tentu. Tapi bagi kami Baselworld persis kemuncak kejayaan sepanjang tahun dalam membangunkan sesuatu produk. Kerana untuk Breilting, inovasi itu sudah menjadi tradisi kami. Oleh itu Baselworld memberi timing dan

target untuk kami bersedia.

Antara model-model Breitling tahun ini, which is your personal favourite? Just one? Haha. Kalau begitu, seharusnya Navitimer Rattrapante. It’s the ultimate in

mechanical chronograph, yang sudah tentunya darah daging Breitling. Ia mewakili segalanya mengenai Breitling.

Pertama, ia kronograf mekanikal, asalnya direka untuk para juruterbang pada tahun 1952, dengan ciri ‘slide rule’. Dan ‘slide rule’ itu sendiri mewakili kepakaran teknologi dan jiwa inovasi di Breitling. Malah, Navitimer juga memberi gambaran mengenai rancangan jangka masa panjang Breitling kerana Navitimer ialah kronograf paling tua dalam pasaran, sejak pengenalannya pada tahun 1952 dan kekal hingga ke hari ini. Breitling bukanlah satu- satunya jenama jam tangan berasaskan industri penerbangan. Jadi, bagaimanakah Breitling tampil lain daripada yang lain? Penerbangan memang warisan kami, dan kami amat fokus pada produk bidang itu. Dari awal lagi, sejak ditubuhkan pada 1884, Breitling menjadi pakar jam randik dan kronograf. Itu masih kes sama hari ini.

Penglibatan kami dalam penerbangan pula bermula awal ’30-an setelah menjadi pembekal rasmi Royal Air Force. Dan ia bersambung hingga kini. Jadi, industri penerbangan itu bukanlah sesuatu idea baru atau trend pasaran untuk kami: Aviation IS Breitling. Berbanding jenama lain, Breitling paling tertumpu pada produk terarah aviation. Slogan kami ‘instruments for professionals’. Jadi kami tumpukan segala sumber kami dari segi produk dan komunikasi berlandaskan dunia penerbangan. Yang itu sungguh jelas bagi kami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.