PILIHAN BULAN INI G LAM LELAKI

MAURICE LACROIX MASTERPIECE DOUBLE RETROGRADE

GLAM Lelaki (Malaysia) - - BUTIK JAM -

Koleksi Masterpiece adalah sintesis sempurna ilham Maurice Lacroix. Malah, menjadi peneraju utama dalam mempertontonkan seleksi jam tangan yang punya tafsiran komplikasi unggul. Terutamanya, paparan

retrograde yang mana jarumnya tidak bergerak penuh satu lingkaran. Justeru, reka bentuk ruangan dail adalah lebih luas untuk paparan pelbagai fungsi termasuk kaunter hari, tarikh, bulan, saat, rizab kuasa juga zon waktu kedua yang dicitrakan separa bulat. Tahun 2003, memperlihatkan model double retrograde yang pertama. Lantas, siri ini terus diperluaskan dengan dua wajah baru yang punya fitur retrograde, zon waktu kedua juga paparan tarikh. Tidak lupa, kaunter saat kecil bersama penunjuk rizab kuasa bersebelahan crown.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.