PELENGKAP RUTIN GROOMING

GLAM Lelaki (Malaysia) - - SEGAK RAPI -

Sejak kemunculan trend hipster 5 tahun lalu, semakin ramai lelaki menyedari potensi yang ada pada gaya rambut dan janggut yang rapi. Biarpun jelmaan fesyen

hipster semakin kurang kelihatan hari ini, penggayaan rambut dan janggut masih terjaga, seperti yang dipaparkan di karpet merah mahupun di Instagram. Menyedari kepentingan keterampilan peribadi pada si lelaki alfa, Kiehl’s memperkembangkan barisan produknya dengan Grooming Solutions. Sama ada anda punyai stail lebih tajam atau sedikit

messy, rangkaian produk baru ini direka untuk berfungsi sebagai essential grooming

toolkit anda. Setakat ini, Kiehl’s Malaysia menawarkan 3 daripada 6 produk terkandung dalam Grooming Solutions. Nourishing Shampoo + Conditioner (250ml, RM100) memastikan rambut dan janggut kekal lembut dan sihat. Texturizing Clay (50ml, RM90) pula memberi definisi dan tekstur pada stail rambut anda, dengan gaya matt finish. Untuk mereka yang mahukan lebih shine pada rambut atau janggut, Clean Styling Gel (150ml, RM90) menjanjikan

hold yang tahan lama tanpa rasa melekit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.